BF Kena Kuarantin, Awek Bergelar Pelajar Kolej Buat Hubungan Sulit Dengan Bapa Pakwe!

Cerita skandal seorang pelajar kolej dengan bapa kepada kekasihnya menjadi bualan hangat sehingga mencetuskan kemarahan ramai netizen di Korea.

Kisah panas ini telah didedahkan pada 8 Julai 2021 di laman facebook. Pengakuan tersebut telah dilakukan pelajar wanita itu sendiri.

“Saya sengaja buat demikian dengan bapa kekasih saya semata-mata nak menunjuk-nunjuk. Pakwe saya sekarang ni kena kuarantin. Dia mesti terkejut bila dapat tahu skandal kami. Sudah tentu kami akan putus cinta kan? Saya hanya boleh sampai mesej, saya minta maaf saja,” kata wanita itu.

FOTO HIASAN HELIOS


Warganet yang menyedari pengakuan itu terkejut. Mereka kritik teruk wanita berkenaan dengan ayat-ayat yang ganas. Tapi, wanita itu terus meluahkan apa yang dirasanya.

“Saya memang kotor. Kau ingat ko siapa nak cakap macam tu? Apa salahnya dengan bapa pakwe saya? Adakah terdapat undang-undang terhadap lelaki yang sudah berkahwin?,” katanya lagi.

Difahamkan, wanita ini melakukan sedemikian rupa kerana mahu melepaskan geram dan kemarahan  setiap hari sementara kekasihnya tinggal di luar negara dan tidak menjawab panggilan telefonnya.

Dalam keadaan marah dengan kekasihnya, wanita itu menghubungi ayah pakwenya dengan menangis mengatakan mahu mati. Kemudian, mereka berdua telah keluar yang mana ayahnya telah mengajak dia keluar minum dan kemudian menciumnya dulu selepas mabuk.

FOTO HIASAN HELIOS

Walaubagaimanapun, wanita itu memberitahu berasa tidak selesa selepas seks dengan bapa kekasihnya itu walaupun berulang kali seks dan rasa nikmat bersama.


Sejak dari peristiwa itu, wanita ini sering menerima mesej dari ayah kekasihnya yang berulang kali memohon maaf. Bagaimanapun, dia tidak menjawab mesej berkenaan.

Majoriti netizen berkata teman wanita yang ada hubungan itu yang bermasalah. Pun begitu, amat mengejut apabila ayah teman lelaki boleh buat sebegitu dengan bakal menantunya. Secara jujur, hubungan ini sangat mengejutkan ramai.


Kongsikan artikel ini