Mampukah Wakil Dari Korea & Malaysia Bergelar Juara AWS Global 21/22?

Akhirnya, pertandingan Altitude World Supermodel (AWS) peringkat global yang tertangguh lebih dua tahun angkara pandemik covid-19 akan melahirkan juara baru pada 4 Jun ini. Menariknya, negara Malaysia dan Korea yang julung kali menyertai AWS bakal memberikan saingan sengit.

 


Personal trainer dan model fitness Bernama Paul An atau kini lebih dikenali dengan nama Putra Paul dipilih mewakili Korea selepas menjuarai AWS Korea pada 2021. Paul mendapat nama Putra dari peminat Malaysia. Manakala, wakil Malaysia yang merupakan seorang pelajar dan perenang profesional, Justin Ho diangkat mewakili negara setelah bergelar juara sulung AWS Malaysia yang dianjurkan pada awal tahun ini.

Selain merebut gelaran juara, pelbagai kategori dipertandingkan yang mana ia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu anugerah undian istimewa dan anugerah TOP Model. Terdapat 4 kategori dalam bahagian undian iaitu People Choice Award (Fanclub), Media’s Choice Award (Media), Best Ethnic Haute Couture Costume (Board) dan Best Physique (Physique Specialist).

Penonton dari merata dunia boleh membantu Justin Ho dan Paul An dengan memberikan undian bagi kategori tersebut. Menerusi bahagian anugerah TOP MODEL pula, kategori yang dijadikan rebutan adalah TOP Potrait Model, TOP Editorial Model, TOP Fitness Model, TOP Runway Model dan TOP Commercial Model. Penjurian untuk kategori ini dilaksanakan selama seminggu yang mana kesemua peserta dari merata dunia akan menjalani Latihan bermula 29 Mei sehinggalah 4 Jun.

Bagi anda yang mahu menghadiri malam gala yang mengumumkan juara baru AWS Global, anda boleh mendapatkan tiket dengan menghubungi pihak penganjur. Selain kedua wakil ini, AWS juga mewujudkan anugerah baru iaitu National Director of The Year. Anak kelahiran Johor Bahru, Hyunmin-A yang dipilih menjadi National Director untuk negara Korea dan Malaysia akan bersaing untuk merebut gelaran yang istimewa ini. Namun, rezeki Hyunmin-A berpihak kepada Korea atau Malaysia bakal terjawab pada malam 4 Jun nanti.

 

Apa yang pasti, delegasi dari Korea dan Malaysia ini mampu memberikan saingan yang hebat seandainya anda semua memberi sokongan buat mereka mulai sekarang. Wakil dari Malaysia bakal berangkat ke Bangkok, Thailand pada pagi Ahad 29 Mei dan wakil Korea pula berangkat ke Thailand pada malam 28 Mei 2022. Anda boleh menyokong dan mengiringi wakil Malaysia yang akan bertolak dari KLIA.

 

Bagi anda yang mahu memberikan sokongan berupa tajaan atau hadiah, anda bolehlah DM National Director Malaysia dilaman instagramnya iaitu Hyunmin_a. Semoga sokongan anda ini bakal mencipta sejarah baru dalam dunia peragaan. Untuk tidak mengelirukan anda semua, AWS bukanlah pertandingan ratu cantik tetapi pertandingan yang mencari Supermodel Dunia. Jadi, format untuk program ini amat berbeza tetapi mirip America Next TOP Model. AWS ini adalah penganjuran kali ketiga untuk lelaki dan pertama untuk wakil wanita. Bagaimanapun, Malaysia dan Korea tidak menghantar wakil wanita untuk bertanding dalam AWS Global.

Kongsikan artikel ini