Anak Sulung Mental Sebab Ayah Bunuh 2 Adik Masih Bayi Diikuti Ibu Bersubahat Tanam Anak Dalam Lumpur Secara Haram !

“Saya mahu tidur tetapi anak saya nangis terlalu kuat. Saya rasa pada hari tersebut dia menangis lebih kuat dari hari biasa. Saya hilang kawalan tanpa saya sedari,” kata si ayah yang membunuh kedua-dua anaknya.

Ayah yang tiada rasa belas kasihan dan simpati didapati telah tanam dua anaknya yang umur kurang selepas setahun telah disiasat pihak berkuasa. Malah, isterinya juga seorang ibu yang tidak berhati perut telah bersubahat dengan merahsiakan jenayah ini.

Pasangan ini telah tanam anak mereka secara rahsia di dalam lumpur kerana ketakutan menyebabkan anak mereka mati. Kejadian berlaku pada petang September 2016 di Motel yang terletak di Wonju, Daerah Gangwon.

Ayah kepada tiga anak ini bernama Hwang berusia 23 berasa tidak selesa apabila anak perempuannya yang berumur 5 bulan asyik menangis saja. Dia yang penat selepas menonton televisyen semalaman dan tertidur sehingga pagi. Sewaktu kejadian, dia telah memukul anaknya itu di bahagian muka dan tutup mulut anaknya ketika anaknya menangis.

Waktu itu, dia telah menerkup seluruh tubuh anaknya dengan kain selimut motel sehingga tertidur. Selepas tiga jam, dia tersedar dan dapati anaknya itu telah mati lemas.


Bagaimanapun, menulis laporan forensik, jika mangsa yang diterkup dengan selimut berumur 5 bulan, dia boleh mati dalam lebih kurang lima hingga tujuh minit saja. Mereka mensyaki mangsa telah diterkam dengan kuat sehingga mati.    

Foto hiasan X-Frame


Pembunuh bernama Hwang didapati mengalami masalah tekanan kerana pernah membunuh enam ekor kucing lantaran dia tidak suka mendengar bunyi kucing dan tidak boleh tidur mendengar anak-anaknya yang kerap menangis.

Mayat anaknya juga telah ditanam secara haram. Hwang dan isterinya Kwak yang berusia 21 tahun menanam anaknya pada malam kejadian anaknya sudah tidak bernafas lagi. Lebih teruk lagi, pasangan ini masih terus menerima bantuan kewangan dari agensi tertentu dengan berjumlah 7.1 juta won yang di bayar sebanyak 57 kali untuk anaknya memandangkan mereka tidak melaporkan kematian anaknya itu.

Jenayah Hwang tidak terhenti di sini. Pasangan ini yang mempunyai anak lelaki dua tahun selepas membunuh anaknya itu telah mencekik anak lelakinya itu selama 20 saat pada Jun 2019 apabila anaknya yang berumur 9 bulan itu menangis dengan kuat. Ia juga gara-gara dia tidak boleh lelap dari tidur.

“Saya tak mahu lihat mak dan ayah saya,” kata anak sulungnya yang masih selamat dan pernah diajar pasangan ini melakukan jenayah apabila anaknya usik rakan sewaktu kecil.

Pasangan ini juga didakwa telah mendera anak sulungnya itu sehingga anaknya kini mengalami masalah tekanan mental. Ayahnya telah dihukum penjara setahun setengah manakala ibunya setahun meringkuk dalam penjara untuk peringkat pertama hukuman.

Pun begitu, hakim Park Jae Woo dari Mahkamah Chuncheon menjatuhkan hukuman 23 tahun penjara bagi ayahnya manakala ibunya pula dijatuhi hukuman penjara enam tahun.