Ayah Tiri Tikam Anak Perempuan Berumur 14 Tahun Sebelum Bunuh Diri!

Satu insiden berlaku apabila seorang lelaki berstatus ayah tiri telah menikam anak perempuan dengan menggunakan senjata sebelum mengambil keputusan untuk bunuh diri.

Menurut laporan yang dikeluarkan pada 6 Disember, kanak-kanak tersebut telah ditikam dengan senjata kira-kira jam 4.30pm.

Sebaik saja menerima laporan, pihak polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati remaja tersebut telah ditikam sangat dalam di pangsapuri Vision-dong, tingkat 23.

Foto hiasan Pexels


Mayat bapa tirinya itu yang berusia 47 didapati dijumpai ditingkat satu rumah berkenaan. Difahamkan mereka merupakan pendatang yang hidup bersama sejak April 2016. Malah, bapa dan anaknya itu dikatakan sering bertengkar dan mempunyai konflik isu.

Selepas disiasat, pihak polis percaya bahawa lelaki tersebut nekad bunuh diri selepas membunuh anaknya itu.

Kongsikan artikel ini