Jejaka Korea Fasih Berbahasa Melayu Berjaya Pegang Watak Utama Dalam Drama Lelaki Si Muka Peladang!

Pencarian lima watak utama drama bersiri ‘Lelaki si Muka Peladang’ telah ditemui menerusi sebuah pertandingan ‘AudioDrama Challenge 2022’ anjuran @DramaNovela. Siaran audio di aplikasi clubhouse ini berlangsung selama tiga minggu dengan jayanya

Pelakon bertuah yang dipilih ialah Hafiz Elias, 25, sebagai Fakri , Husna Mohd Sopian, 27, sebagai Shay, Minho Jang, 27, sebagai Kim Sufi, Nurul Fatihah Mohd Amin, 20, sebagai Alicedan Ilham Irfan, 27, sebagai Din.

Mereka berlima berjaya mendapat watak utama sebagai hero, heroin dan antagonis. Kebanyakan peserta di dalam Audio Drama Challenge 2022 terlibat dengan dunia suara latar, pelakon dan model selain memiliki kerjaya lain dan juga pelajar.

Pelakon lelaki tempatan yang terpilih

Audio Drama Challenge 2022 juga menerima penyertaan dari pelbagai kaum termasuk Cina dan Korea. Perhatian diberikan kerana terdapat penyertaan dari peserta berasal Korea, Jang Minho, yang menggunakan bahasa Malaysia dengan baik. Justin Choo berbangsa Cina Malaysia juga terpilih memegang watak sokongan dalam drama ini. Justin Choo adalah pemenang tempat keempat Altitude World Supermodel Malaysia 21/22 dan juga dinobatkan sebagai Most Idolized Supermodel 21/22.

Menariknya, bakat baru dari Korea Selatan, Jang Minho yang masih baru dalam arena dunia seni ternyata memberikan saingan hebat dan mengejutkan ramai pihak apabila dia berjaya memegang watak dalam bahasa Melayu dengan penuh bersahaja.

Malah, Minho yang baru saja menetap di Malaysia selama 5 bulan sudah pun disunting beberapa produser dan berlakon bersama Jang Han Byul dalam drama Lectreku Oppa yang akan di siarkan di saluran i-Flix mulai April depan.

Jang Minho

Drama bersiri Lelaki si Muka Peladang bersiaran audio selama lima minggu pada setiap Sabtu, jam sepuluh malam. Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti siaran ulangan di aplikasi clubhouse @DramaNovela.

 

@DramaNovela mula ditubuhkan 7 Julai 2021 di aplikasi clubhouse menghimpun sandiwara drama mirip drama radio yang diadaptasi dari novel dan cerpen tulisan Marini Mat Zain. Kebanyakan cerpen yang di garap semula dalam bentuk skrip drama audio di sini pernah diterbitkan di majalah-majalah terkemuka sejak 1998 lagi. Gabungan drama dan novel maka lahirlah nama DramaNovela ini. Begitupun, kami membuka ruang kepada penulis baru atau lama untuk ikut serta memperdengarkan hasil nukilan masing-masing. @DramaNovela juga menghimpun pelakon-pelakon berbakat dan ahli belakang tabir dunia produksi.

Pelakon wanita

Sedikit sinopsis, kisah ini berkisar cinta dan aksi di sebuah kampung. Seorang wanita mengejar cintanya di sebuah kampung lantaran jatuh cinta dengan lelaki si muka peladang. Kisah mereka bermula apabila Fakri menjadi pembekal bahan mentah Shay untuk perniagaan fnb. Dia mengambil keputusan tinggal dua bulan di kampung dengan alasan mahu belajar memasak demi kafenya di KL. Padahal dia cuba memikat hati Fakri. Banyak berlaku kisah lucu tetapi Shay dan Alice terlibat juga dengan pergaduhan berlaku di antara Fakri dan Kim Sufi. Namun lebih parah apabila Din munculkan diri membuatkan seluruh kampung terkejut. Apakah kejutan dilakukan itu?

Kongsikan artikel ini