Kencing Dalam Singki Sampai Umur 20 Tahun, Bapa & Anak Lelaki Bogel Bersama Bikin Isteri Tak Keruan!

Kisah seorang isteri yang tertekan apabila suaminya kencing dalam singki. Menerusi program di saluran TVN yang ditayangkan pada 26 Mei 2021, kehidupan pasangan suami isteri dari Gyeongsang yang sudah tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan terbongkar.

Menurut pengakuan si isteri, suaminya adalah seorang lelaki yang lahir dari generasi 21 bagaimanapun, sikapnya amat pelik.

“Bila pulang ke rumah, dia akan terus melucutkan semua pakaiannya dari mula masuk pintu lagi. Kemudian dia terus berbogel. Lepas tu, dia akan merayau satu rumah dalam keadaan tanpa baju seperti seorang bayi.

“Selepas mandi, dia akan biarkan badannya yang basah itu kering tanpa mengelapnya menggunakan tuala. Selepas itu, dia akan terbaring terkangkang tanpa menutup bahagian sulit.

Foto hiasan Naver.com

“Saya amat malu mengetahui hal ini selepas kahwin tapi saya amat memahaminya. Walaubagaimanapun, saya tidak mahu melihatnya sentiasa,” katanya wanita tersebut.

Masalah ini terus menghantui dirinya apabila anak lelakinya yang berumur 6 tahun mengikuti jejak langkah suaminya itu. Malah, sekarang ini, mereka berdua sering saja berbogel bersama dalam rumah sambil buka peti sejuk bersama, duduk bersebelahan dan makan bersama sambil telanjang bulat.

“Saya banyak belajar dari fakta yang saya hadapi selama 7 tahun hidup bersama. Sekarang ni pun, anak saya kencing dalam singki. Saya fikir apa masalah anak saya ni tapi bila difikirkan semula, rupanya dia belajar dari ayahnya.

Foto hiasan Naver.com

“Apabila saya pergi ke singki, saya akan bau hancing. Saya pun dapat tahu, sebelum kahwin, suami saya pun masih kencing dalam singki sehingga dia umur 20 tahun,” kata wanita itu lagi.

Pengakuan yang dibaca oleh Song Eun Yi ternyata mengejutkan panel dan penonton. Malah, selebriti ini mencadangkan agar masalah ini perlu diatasi kerana anaknya sentiasa berada di pusat penjagaan kanak-kanak dalam kumpulan.


Kongsikan artikel ini