Seorang bapa angkat yang mendera anak angkat berusia dua tahun dan meninggalkannya dalam keadaan tidak sedarkan diri telah ditangkap oleh polis.
Pada 9 Mei 2021, Unit Siasatan Wanita dan Belia Agensi Polis Gyeonggi Nambu mengumumkan telah menahan seorang lelaki berusia dalam 30-an pada jam 0:09 pagi atas pertuduhan mendatangkan kecederaan serius di bawah Akta Khas Hukuman Jenayah Penderaan Kanak-Kanak.
Kanak-kanak perempuan yang berusia dua tahun itu yang menjadi anak angkat kepada pasangan usia 30-an itu telah dibawa ke hospital berhampiran perumahan mereka di Hwaseong, Wilayah Gyeonggi dalam keadaan tidak sedarkan diri sekitar jam 6 pagi.
Hospital itu mendapati bahawa budak tersebut berada dalam keadaan serius dan memindahkannya ke sebuah hospital besar di Incheon, Seoul, Korea. Kakitangan perubatan yang memeriksa budak berkenaan melaporkan bahawa mereka syak berlaku penderaan apabila kesan lebam ditemui di mukanya dan bahagian lain badannya.
Selepas menerima laporan dari pihak hospital, polis telah menahan lelaki tersebut yang membawa budak tersebut ke hospital untuk menyoal siasat adakah kanak-kanak ini mangsa diri atau pun tidak. Hasil dari penyiasatan, pasangan ini mengambil budak ini sebagai anak angkat dari agensi anak angkat sejak Ogos 2020.
Selain itu, polis periksa dan dapati tiada langsung laporan atau aduan mengenai penderaan terhadap budak tersebut sejak dia menjadi anak angkat keluarga ini. Bagaimanapun, budak berkenaan dikatakan sedang menjalani rawatan dari pembedahan otak tetapi masih belum pulih sepenuhnya.
Oleh kerana itu, pihak polis tidak dapat memberikan penjelasan lanjut tentang kes ini kerana masih dalam siasatan. Pun begitu, mereka akan lebih fokus untuk mencari sama ada kanak-kanak ini mangsa penderaan atau sebaliknya.