Kerana Pendakap Gigi Hilang, Ayah Libas Punggung Anak Lebih 20 Kali Dengan Kayu Golf!

Polis mula menjalankan siasatan terhadap seorang ayah kandung berusia 40-an yang didakwa telah melibas anaknya banyak kali dengan menggunakan kayu golf.

Perkara ini telah disahkan oleh Unit Siasatan Jenayah Wanita dan Belia Agensi Polis Gyeonggi Nambu pada 30 Jun 2021 dengan melancarkan siasatan ke atas lelaki berusia 46 tahun  yang didakwa melanggar Akta Kebajikan Kanak-Kanak.

Lelaki itu disyaki memukul punggung anaknya lebih 20 kali dengan kayu golf atas anakanya yang berusia 9 tahun kehilangan pendakap gigi di rumahnya di Yeongtong-gu, Suwon pada jam 6 petang pada 24 Jun 2021.

Foto hiasan Pexels


Selepas memukul mangsa, ayah tersebut turut memaki hamun dua orang abang kepada mangsa yang berusia 12 dan 11 tahun.

Adik beradik ini dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut bagaimanapun tiada kecederaan serius termasuklah keretakan tulang.

Siasatan mendapati, abang kepada mangsa memberitahu mereka bertiga sering dimarahi dan dipukul ayahnya sejak kebelakangan ini.

Laporan juga mendapati, mereka dipukul di bahagian kepala dan pinggang pada 2018 dengan tidak mengetahui apa silap mereka. Mereka juga lebih 80 kali menerima sebatan sejak awal tahun lalu apabila melakukan sedikit kesalahan sama ada sengaja atau pun tidak.

Polis sedang merancang untuk memisahkan mereka sementara menyaman ayahnya itu sebaik saja selesai mendapatkan maklumat terperinci dari anak-anaknya itu.

“Setakat ini, hanya kenyataan dari anak-anak diterima. Kami masih lagi belum menjalankan penyiasatan terhadap tertuduh. Jika kami dapati ada kes penderaan, kami akan menghukum pesalah mengikut undang-undang,” kata pihak polis.


Kongsikan artikel ini