Penyanyi KPOP, Brian membuat pengakuan bahawa hubungan percintaan serius yang dilaluinya hanyalah pada 13 tahun lalu.
Anak kelahiran California, Amerika Syarikat ini mengejutkan ramai peminatnya apabila dia muncul dalam program SBS berjudul LOVE TOSA.
Brian Joo atau nama sebenarnya Joo Min Gyu yang berusia 40 tahun mengaku dalam program yang akan disiarkan pada 20 Julai ini. Selain mengaku sudah lama solo, Brian yang kini banyak membawa diri ke Pulau Jeju turut bakal mendedahkan kisah cintanya dalam program berkenaan.
“Saya sudah lama tidak menjalinkan hubungan cinta. Sudah lebih 13 tahun. Saya rasa, mungkin saya sudah tidak boleh lakukannya lagi kerana sudah terlalu lama tidak bercinta.
“Saya pernah ada teman wanita sebaik saja saya debut sebagai penyanyi. Namun, ianya adalah rahsia dan kami berjumpa pun bersembunyi kerana dia juga penyanyi,” katanya.
Dalam mengejutkan orang lain dengan pengakuan tersebut, Brian turut memberitahu bahawa dia tidak tahu bahawa bekas kekasihnya itu curang.
“Saya putus selepas salah seorang ahli kumpulan tersebut memaklumkan saya tentang kecurangan awek saya,” katanya yang memohon maaf tentang kisah cinta lamanya itu.
Sementara itu, ahli kumpulan FLY TO THE SKY ini turut memberitahu keyakinan dia untuk muncul dalam Dating Master kerana dia mengalami trauma pada waktu itu dan amat risau adakah dia akan bertemu cinta sejati.
Mampukah Brian menyelesaikan masalah cintanya itu dan bertemu cinta sejati menerusi konsultan cinta dalam LOVE TWEEZERS? Keputusan tersebut bakal terjawab pada 20 Julai ini dalam program LOVE TOSA jam 8.40 malam waktu Korea di SBS TV.