Juru foto fesyen: Sheik Pandai Pose Tapi Kena Jaga Atitude Dengan Tidak Terlalu Negatif!

Sesi fotografi pengenalan yang melibatkan sentuhan jurukamera fesyen bernama Izzue Malique tempoh hari mengundang sedikit kejutan buat salah seorang peserta Sheik Azwan.

Walaupun masih baru dan baru sebulan berjinak-jinak dalam dunia peragaan, Muse 2 ini dipuji oleh Izzue bahawa seorang yang pandai bergaya depan kamera dan posing.

Foto oleh Izzue Malique Photography


“Dia sangat pandai pose. Ada ekspresi dalam setiap gambar. Sheik juga peka dengan kamera. Boleh dikatakan dia sudah sedia untuk semuanya,” pujian Izzue buat Sheik.

Bagaimanapun, seharian bersama dengan 7 Muse tempoh hari, Izzue menghidu bau kurang enak terhadap Sheik. Malah, Izzue menegur agar sikap tersebut boleh diubah dan digilap memandangkan masih lagi baru.

Foto oleh Izzue Malique Photography

“Sejujurnya, saya merasakan Sheik perlu jaga attitude. Jika dia terlalu fikir negatif dalam segala hal dan tidak berfikiran terbuka, maka dia tidak boleh lama dalam industri peragaan di Malaysia mahupun antarabangsa,” katanya.

Apa sekalipun, wajah yang dimiliki Sheik mengelirukan ramai pihak dan menyangka dia bukan melayu sebaliknya jejaka bangsa asing. Seandainya anda suka dengan Sheik, bolehlah mengundi dia di sini.

Kongsikan artikel ini