Mengaku Sajat Aweknya, Budak Melayu Ni Disangka LGBT Sebab I Love You Oppa!

Pengguna aplikasi OME TV semakin meningkat di kalangan remaja di Malaysia dan masyarakat antarabangsa. Ramai juga menggunakan OME TV Yang konsepkan video chat secara rawak untuk bercakap dengan orang Korea.

Youtuber terkenal Korea yang kini sedang menjalani latihan Khidmat tentera terkejut apabila seorang remaja lelaki berusia 20 tahun memanggilnya Oppa dan mengatakan saya cinta awak Oppa.

Bagi membetulkan keadaan tersebut, Teh Tarik Oppa membetulkan kesilapan yang dibuat budak Melayu berkenaan yang mengatakan dirinya bernama Jongkok. Perbualan antara mereka banyak menggunakan bahasa Melayu memandangkan lelaki Korea ini agak fasih dalam bahasa Kebangsaan Malaysia.

Lebih mengejutkan, budak lelaki ini mengaku bahawa nama aweknya adalah Sajat. Adakah benar Sajat yang popular itu adalah awek Jongkok? Untuk mengetahui lebih lanjut, anda bolehlah menonton sendiri video perbualan ini yang telah dimuat naik pada 5 September 2021.




Kongsikan artikel ini