Lelaki Malaysia Penerima Kad Pintas MY AWS Boleh Isi Borang Rasmi Di Sini!

Juara Altitude World Supermodel Korea 2021 (AWS KOREA) bakal diumumkan pada penghujung September ini. Teka-teki bakal terjawab dan pemenang akan mara ke peringkat dunia mewakili Korea di AWS Global yang dijangka awal Januari 2022.

Selepas Korea, AWS sudah pun mula membuka platform ini kepada lelaki Malaysia yang berumur dari 18 tahun ke atas dan mempunyai ketinggian 180sm untuk mencuba nasib mewakili Malaysia. Borang sudah pun mula disiarkan di Korea Buzz pada awal tahun ini.  

Namun pihak penganjur masih lagi membuka peluang kepada yang mahu mencabar dan merubah diri menjadi model profesional. Lebih menarik lagi, penganjuran MY AWS ini membuka lelaki di Malaysia untuk melalui jalan pintas uji bakat yang bakal diberikan oleh National Director Malaysia dan juga beberapa juri terpilih. Mereka yang bertuah akan menerima kad pintas MY AWS mulai waktu ini.

Pemberian kad pintas ini akan diberi melalui pesanan mesej Instagram dan facebook. Jadi, kepada anda yang menerima kad ini, anda dinasihatkan untuk mengisi borang rasmi di sini segera. Anda juga akan layak ke peringkat uji bakat zoom yang akan diumumkan nanti.

AWSM: ALTITUDE WORLD SUPERMODEL MALAYSIA 2021

Kongsikan artikel ini