BTS Meal Raih Impak Luar Biasa, McDonald Korea Bakal Edar Poskad Ungu Tapi Macam Mana Pula McD Malaysia?

Kolaborasi Mc Donald bersama bintang KPOP dunia, BTS menerusi hidangan BTS Meal yang dilancarkan bermula penghujung Mei lalu mendapat impak luar biasa. Malah, hidangan tersebut sering saja habis di pasaran Malaysia pada sejak hari pertama ia dilancarkan. Lebih mengejutkan pula, ada yang mengambil kesempatan dengan menjual bekas hidangan tersebut dengan harga cekik darah.

Rata-rata pembeli BTS Meal ternyata berpuas hati dengan sos hidangan yang menjadi selera tujuh anak muda BTS iaitu Jin, Jimin, Jungkook, J-Hope, V, RM dan Suga. Pun begitu, ada pula kecewa kerana hidangan ini tiada menyelitkan hadiah atau saguhati istimewa seperti foto eksklusif BTS.

Sambutan di Korea- foto naver.com


Bagaimanapun, BTS Meal yang dilancarkan sedikit lewat di Korea telah mengumumkan berita gembira buat pembeli set hidangan ini. McDonald Korea bakal membuat promosi dengan memberikan poskad Unggu untuk meraikan ulangtahun ke lapan BTS sebagai artis KPOP di Korea.

Promosi ini bakal dilaksanakan selama dua hari berturut-turut bermula 12 hingga 13 Jun 2021. Sebaik saja pengumuman ini dibuat, peminat BTS iaitu Army Korea gembira dengan meninggalkan reaksi komen pelbagai seperti akan menjadi yang pertama membeli dan McDonald adalah yang terbaik.

Gaya RM mempromosikan BTS Meal.


Bagaimanapun, promosi yang dilakukan bagi meningkatkan lagi hasil penjualan hanya disahkan diadakan di Korea. Mc Donald di negara lain masih tidak diketahui. BTS meal telah dijual di 50 buah negara yang mana setiap negara mempunyai impak yang luar biasa.