Buruh Binaan Wanita Jadi Mangsa Buli & Gangguan Seksual Di Syarikat Telah Mati Bunuh Diri!

Wanita berusia dalam lingkungan 40-an yang bekerja di syarikat pembinaan di Pohang, Utara Wilayah Gyeongsang ditemui mati bunuh diri. Dia telah meninggalkan nota bahawa dia telah menjadi mangsa buli di tempat kerja. Penemuan nota tersebut membuatkan pihak polis terus menyiasat lebih lanjut tentang pengakuan itu.

Menurut laporan ibu pejabat polis Nambu Pohang pada 14 Jun, wanita tersebut mula bekerja di syarikat pembinaan tersebut pada 26 April 2021. Bagaimanapun, dia telah bunuh diri pada 11 Jun baru-baru ini.

Polis percaya si mati melaksanakan keputusan mengejut dengan menamatkan nyawanya selepas menerima percakapan tidak elok dan memalukannya dari majikan. Pihak polis telah menghubungi syarikat tersebut untuk melaksanakan siasatan rasmi.

Foto hiasan XFrame


Nota tersebut tertulis nama majikannya yang telah melakukan gangguan seksual dan membulinya. Pihak jabatan pembinaan mahu syarikat tersebut disiasat bagi mengetahui kebenaran dan menghukum pihak berkenaan jika didapati bersalah.

Pihak polis telah mengesahkan bahawa penyiasatan sudah mula dijalankan dengan menghubungi dua orang yang dikenal pasti sebagai majikan si mangsa.

Kongsikan artikel ini