Restoran Dikendalikan Pramugari Dibuka Di Seoul & Penghantaran Dari Penerbangan Jeju

Sebuah restoran baru saja dibuka di kawasan popular di Seoul yang mana ia dikendalikan oleh para pramugari dan pramugara serta sistem penghantaran dari syarikat Penerbangan Jeju.

Jeju Air baru saja membukan cafe atau restoran yang diberi nama Taste The Happiness of Travel yang kesemuanya dikendalikan oleh kakitangan syarikat penerbangan tersebut yang terdiri daripada kakitangan kabin.

Restoran ini terletak di tingkat satu di bangunan AK di Hongdae Mapo-Gu, Seoul yang mana tempat ini sangat popular dengan kedai Pop-up.


Kafe ini menjadi empat jenis menu popular di dalam penerbangan mereka iaitu Bulgogi dengan nasi, daging khinzir hitam dengan nasi, Bulgogi Parsam dan makanan yang biasa di makan pramugari. Selain empat menu utama ini, kafe tersebut turut menjual pelbagai jenis makanan ringan termasuk kopi.

Harga yang ditawarkan sangat murah yang mana anda boleh mendapat nasi bulgogi, nasi daging babi hitam dan Parsam Bulgogi dengan harga KRW 10,000 won. Untuk makanan pramugara pula dijual pada harga KRW 11,000 won.

TVXQ menjadi jurucakap Jeju Air.


Kesemua hidangan ini adalah sama yang dihidangkan dalam penerbangan tersebut. Selain dilayan oleh pramugari dan pramugari yang berkhidmat dengan syarikat penerbangan tersebut, anda juga berpeluang merasai kenikmatan penerbangan. Bagaimanapun, Kafe ini difahamkan hanya akan beroperasi selama tiga bulan saja dan bakal menamatkan operasi pada 28 Julai 2021.   

Jeju Air mengadakan program untuk mencari kakitangan kabin baru yang mana mereka yang terlibat dalam program tersebut akan menerima latihan sepenuhnya dari syarikat ini. Majlis ini adalah hasil gabungan AK Plaza yang mana akan dirasmikan oleh CEO Jeju Air, Kim Yi Bae dan CEO AK PLAZA, Kim Jae Cheon.

Kongsikan artikel ini