Minuman Viral Dari Chicago, Cake Shake Bikin Wanita Korea Tak Tentu Arah. Anda Pula Bagaimana?

Mungkin ramai tidak tahu sikap sebenar orang Korea teruatama sekali wanita Korea. Selain obsess dengan kecantikan, mereka juga sebenarnya sangat cepat dan tangkas mengikuti peredaran masa. Atas dasar itu, apa saja yang tular di laman sosial atau internet, pasti mereka berlumba-lumba menjadi yang pertama untuk mencuba.


Terbaru, satu minuman telah tular di laman internet. Minuman yang dicipta sebuah restoran di Chicago iaitu Cake Shake telah tular dan laris di Amerika Syarikat. Walaupun menu ini diubah suai daripada campuran kek dan susu, namun ramai mahu mencubanya.

Difahamkan, menu ini dicipta khusus buat mereka yang gemarkan manisan dan mahu makan dengan segera. Penularan Cake Shake telah membuat beberapa wanita di Korea untuk mencubanya.


Ternyata pelbagai reaksi dan respon diterima selepas wanita ini cubanya. Paling menarik, ada yang menerimanya dan menganggap ia minum ringkas dan memudahkan. Namun, ada juga yang muntah dan menangis.

Malah, ada wanita turut merasakan minuman ini tidak elok untuk kesihatan kerana terlalu manis. Apa sekalipun, netizen boleh mencubanya tetapi jaminan kesihatan untuk minuman ini masih belum disahkan lagi.


Adakah ia sedap atau memuakan? Lihatlah repson wanita Korea ini. Mungkin anda juga bersikap yang sama.