Polis Siasat Pelanggan Campak Aiskrim Ke Juru Jual Yang Menegur Untuk Pakai Pelitup Muka!

Pihak polis sedang menyiasat kepastian terhadap aduan yang diterima mereka tentang seorang pelanggan kedai yang telah mencampakkan aiskrim terhadap juru jual yang menegurnya untuk memakai pelitup muka.

Menurut laporan dari Jabatan Polis Gwanju Seobu pada 10 Mei 2021, kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai yang terletak di Gwangju sekitar jam 8.55 pagi hari sebelumnya.

Pada hari berkenaan, pelanggan tersebut telah memasuki kedai tersebut untuk membeli Aiskrim, kemudian, pekerja tersebut telah menegurnya dan menasihati pelanggan itu untuk memakai pelitup muka.
Dalam teguran tersebut, berlaku pertengkaran antara pelanggan dan pekerja berkenaan. Disebabkan itu, pelanggan tersebut telah mengambil ais krim dan mencampakkannya ke pekerja berkenaan.

Foto dari naver


Sebaik saja menerima laporan, pihak polis menyiasat siaran rakaman CCTV di kedai berkenaan. Sekarang ini, pihak polis masih dalam proses menyiasat dan tindakan akan diambil ke atas pelanggan tersebut seandainya didapati bersalah.