Malaysia Terlibat, Rowoon Nafi Paling Tampan Tapi Carta Terkini SF9 Terkacak & Popular Dari Pakar Meleset Selepas Populariti Mencanak!

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Setiap masyarakat mempunyai selera masing-masing terhadap selebriti pujaan mereka. Begitulah juga resam biasa manusia dalam menilai seorang individu untuk dijadikan teman, kekasih dan pasangan hidup. Bercakap mengenai kekacakan dan populariti, nama kumpulan KPOP lelaki SF9 yang dianggotai Chani, Rowoon, Hwiyoung, Youngbin, Dawon, Taeyang, Jaeyoon, Inseong dan Zuho mungkin asing buat segelintir masyarakat.

Namun, tiga ahli kumpulan SF9 iaitu Chani, Rowoon dan Hwiyoung menjadi kegilaan ramai apabila kerap muncul sebagai hero drama Korea. Malah, kumpulan ini ternyata menjadi pujaan ramai wanita di Asia. Memandangkan kumpulan ini terdiri daripada ahli yang mempunyai pakej sebagai model, banyak peminat membuat undian mengenai kedudukan ahli yang paling kacak dan popular.

Antara negara yang terlibat untuk kedudukan kacak ialah Mexico, Amerika Syarikat, Indonesia dan Malaysia. Manakala kedudukan kategori popular pula melibatkan penyertaan peminat dari Brazil, Jepun, Amerika Syarikat, Filipina dan Malaysia.

Rowoon makin diminati kerana lakonannya dalam banyak drama.


Majoriti keputusan ini meletakkan seorang ahli mempunyai kedudukan yang sama bagi kedua kategori. Bagaimanapun, berdasarkan kesimpulan dan penjurian dari pakar dalam bidang tertentu, keputusan ini jatuh meleset sehinggakan kedudukan berubah. Dalam keputusan tersebut, hanya seorang saja ahli yang kedudukannya ternyata tidak berubah langsung.

Disamping itu, ahli SF9 Rowoon yang sangat aktif menjadi hero drama telah menolak dakwaan bahawa dia adalah ahli yang paling kacak. Malah, menerusi temubual media di Korea, Rowoon meletakkan dirinya di kedudukan yang ketiga.

Lebih menarik lagi, Rowoon mempunyai carta sendiri yang mana meletakkan Inseong berada ditangga kedua dan Hwiyoung adalah ahli yang paling kacak. Dalam pada itu, sumber dari Korea mengatakan Inseong pula sebenarnya berada ditangga ketiga terkacak bagi peminat di Korea.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini