Ramai Cemburu & Dengki Bila Pekerja McDonald Akan Terima T-Shirt BTS Percuma !

McDonald telah mengumumkan kerjasama mereka dengan BTS untuk “The BTS Meal.” Baru-baru ini,. Ia mengundang seribu kegembiraan kepada peminat BTS bergelar ARMY yang bekerja di rantaian restoran makanan segera ini.

Menariknya, setiap pekerja MC Donald akan menjadi antara yang pertama untuk mencuba sos yang baru diilhamkan Korea Selatan dan mempunyai akses kepada apa sahaja bahan promosi akan datang melibatkan bintang KPOP antarabangsa BTS yang dianggotai oleh Jin, Jimin, V, RM, Jungkook, J Hope dan Suga.

Pun begitu, McDonald masih belum mengesahkan sebarang barangan BTS walaupun mereka telah secara rasmi mengumumkan kolaborasi dengan pelantun lagu Dynamite. Dalam pada itu, peminat telah membayangkan pelbagai jenis merchandise termasuklah bantal Nugget J Hope dan macam-macam lagi.

T-Shirt Yang bakal diterima pekerja Mc Donald

Walau bagaimanapun, pekerja McDonald terkejut apabila menerima kemeja-T krew baru sebagai sebahagian daripada promosi hidangan BTS yang akan datang bermula akhir Mei depan. Di Malaysia, promosi ini akan bermula pada 27 Mei 2021 iaitu beberapa minggu selepas menyambut Aidilfitri.

Di samping itu, mereka juga telah diberi amaran bahawa restoran mungkin akan menjadi lebih sibuk dan sesak. Mengetahui perkara tersebut, ramai Army cemburu dan ada pula menawarkan diri untuk bekerja di MC Donald semata-mata untuk mendapat T-SHirt berkenaan.

Hanya Imaginasi saja.

Apa yang pasti, peminat yakin bahawa selain menghidangkan menu istimewa, MC Donald juga akan melancarkan merchandise istimewa berkaitan kolaborasi ini.

Kongsikan artikel ini