Cerai Lepas 3 Tahun Kahwin, Lee Dong Gun Officially Jadi Duda Anak Satu!

Perkahwinan pelakon kacak Lee Dong Gun bersama aktres Jo Yoon Hee yang dibina selama tiga tahun akhirnya runtuh apabila pasangan ini telah disahkan bercerai. Pengumuman rasmi ini telah dibuat pihak pengurusan Dong Gun iaitu FNC Entertainment.

Menerusi pengumuman rasmi tersebut, Dong Gun telah mencapai kata putus setelah pertimbangan serius untuk mengakhiri status suami dengan bercerai pada 22 Mei 2020. Penyelesaian proses timbang tara perceraian dilaksanakan di Mahkamah Seoul Family.

Pihak pengurusan juga menzahirkan maaf kerana menimbulkan banyak isu berkaitan rumahtangga pelakon kacak ini. Menurut pemberitahuan tersebut, Dong Gun juga bakal kembali ke layar perak dengan bekerja lebih keras lagi.  


Perpisahan Dong Gun dan bekas isteri, Yoon Hee berlaku kerana masalah persefahaman yang tidak dapat diselesaikan lagi. Pasangan ini telah mendaftarkan perkahwinan mereka tiga tahun lalu iaitu pada Mei 2017. Perkahwinan mereka berlangsung secara peribadi pada September tahun yang sama.

Menguatkan pengumuman rasmi dari FNC Entertainment, pengurusan Yoon Hee turut sama mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan penceraian ini.

Hanya tinggal kenangan.



“Pihak kami berasal kesal dan tidak sampai hati untuk menyampaikan berita malang ini. Kami membuat kenyataan rasmi mengenai laporan penceraian Jo Yoon Hee. Pelakon ini telah sah bergelar Janda pada 22 Mei 2020 apabila diceraikan Lee Dong Gun di Mahkamah Seoul Family.

“Kami berharap pihak anda semua memahami situasi ini. Yoon Hee akan kembali berlakon dan menyambut anda dengan cara baik pada aktiviti yang mendatang,” Jelas wakil King Kong by Starship.

Apa yang pasti, pengumuman ini turut mengesahkan Lee Dong Gun sebagai aktor duda yang kacak dan hangat di Korea. Malah, kerinduan peminat untuk melihat Dong Gun beraksi sebagai pelakon bakal terubat tidak lama lagi memandangkan selepas penceraian ini, Dong Gun akan lebih serius berlakon.

Perkahwinan selepas 3 tahun ini dikurniakan seorang anak perempuan bernama Roa.

Kongsikan artikel ini