Akui Shin Se Kyung Wanita Ideal, Chun In Woo Terdesak Nak Ada Girlfriend. Siapa Sudi?

Menerusi program hiburan MBC, jurutera di Syarikat Fintech yang popular kerana muncul dalam sebuah program mencari pasangan di Korea telah mengumumkan bahawa wanita idaman beliau ialah aktres Shin Se Kyung.

Malah, jurutera bernama Chun In Woo berusia 32 tahun ini masih lagi mencari pasangan hidup dan belum berpunya.

“Saya masih lagi solo. Sejak kebelakangan ini, saya tidak ada fikir soal teman hidup,” katanya yang berminat untuk bercinta dengan rakan sekolej.

“Saya nak buat cincin pasangan. Eh, saya cakap tu ke? Mungkin saya mabuk sebab banyak minum,” ujarnya undang tawa jenaka.

Dalam pada itu, dia yang mempunyai nama english iaitu Lucas sebenarnya menjelaskan keadaan sebenar tentang dia yang ini menjalinkan hubungan cinta.

“Saya nak ada hubungan. Sebelum ni, saya kata tidak sebab saya malu. Sebenarnya, tidak mudah nak jumpa pasangan cinta dikalangan rakan sekerja. Saya rasa saya kena pergi blind date. Mungkin baru saya jumpa pasangan,” tambahnya.



Menjelaskan mengenai wanita pilihan, Chun In Woo tidak pandang serius pada wajah wanita.

“Wanita Ideal? Saya tidak kisah rupa tapi wanita ideal bagi saya seperti Shin Se Kyung. Dia boleh buat saya fokus. Saya boleh fokus sebab dia cantik. Tapi saya ni tak kacak,” katanya.


Chun In Woo merupakan graduan dari University di Amerika Syarikat. Dia pulang ke Korea dan bekerja di Silicon Valley. Dia merupakan tunjang utama untuk syarikat yang baru saja mulakan perniagaan.


Kongsikan artikel ini