Cikgu Buat Bodoh Bila Murid Darjah 6 Belasah Murid Tahun 3 Sampai Retak Tengkorak!

Senior Murid telah memukul junior setelah habis waktu persekolahan. Mangsa tersebut dilaporkan menghadapi kecederaan yang serius sehingga bengkak dan cedera dibahagian tulang muka. Bagaimanapun, pihak sekolah langsung tidak ambil peduli terutama sekali guru kelas sehingga mengundang kemarahan masyarakat.

Menurut laporan dari Sekolah Rendah yang terletak di Seo-Gu, Gwangju pada  24 Mei 2021, murid darjah tiga itu telah dibelasah murid darjah enam selepas dia tamat sesi kelas badminton pada 20 Mei 2021. Kejadian berlaku jam 2.30 petang.

Berikutan kes COVID-19, kedua-dua murid ini dikatakan mengambil kelas kokurikulum bersama. Sebelum sesi kelas bermula, kedua-dua ini telah memanaskan badan dengan bermain dogeball. Bagaimanapun, pertengkaran berlaku kerana kesilapan baling bola.

foto hiasan naver


Guru yang berada di tempat kejadian tidak ketahui insiden ini sehingga adik perempuan mangsa yang juga berada di sekolah yang sama dapati abangnya menangis dengan berlumuran darah. Selepas dapat tahu, respon guru tersebut amat mengecewakan.

Cikgu tersebut langsung tidak ambil peduli atau membawa mangsa ke klinik sekolah atau pun siasat di sebalik kejadian tersebut. Kedua ibu bapa mangsa yang bekerja di pejabat yang sama bergegas pulang ke rumah selepas menerima panggilan keadaan anaknya.

Hidung mangsa tidak henti keluar darah dan dia juga tidak berhenti muntah. Oleh itu, mereka bergegas membawa mangsa ke hospital. Setiba di hospital, mangsa menjalani pembedahan kecemasan dan perlu berehat selama 12 minggu. Tulang muka mangsa dan tengkoraknya retak akibat dipukul murid darjah enam itu.

Pengetua dan guru yang terlibat terus ke hospital selepas mengetahui perkara sebenar. Namun, mereka hanya memohon maaf tanpa memberikan penjelasan yang sepatutnya.

Pun begitu, cikgu berkenaan telah diberhentikan kerja dan perlu disoal siasat kerana dia merupakan saksi utama kejadian berkenaan.

Kongsikan artikel ini