Cikgu Misha Nak Jadi Penyanyi, Teringin Sangat Nak Ke Malaysia & Anggap Paul Sebagai…

Sesi KBTalk yang melibatkan finalis Altitude World Supermodel, Misha Choi pada 27 Ogos 2021 mengundang kejutan apabila dia menjawab pelbagai soalan mengejut dari peminat.

Walaupun ada beberapa soalan tidak dijawab Misha yang kini berusia 24 tahun, jejaka ini tidak berselindung bahawa dia teringin menjadi penyanyi profesional.

“Saya mempunyai matlamat hidup yang ingin dicapai. Kita tidak boleh dapat kejayaan apabila kita bekerja sambil lewa atau tidak ikhlas seperti orang lain. Saya sebenarnya teringin menjadi penyanyi.

“Saya ada warna tersendiri. Saya amat suka warna hitam dan merah. Ada sesiapa suka kpop?” antara jawapan Misha dari soalan yang diajukan peminat.

Instagram Misha

Bercerita mengenai dirinya lagi, Misha bukanlah anak yang paling bongsu dalam keluarganya. Malah, dia menegaskan bahawa dia seratus peratus orang Korea.

“Saya boleh menari. Sekarang ini pun saya sedang mencuba bidang lakonan dengan melibatkan diri untuk beberapa iklan komersial. Ideal Type saya adalah seorang yang mencintai saya.

“Namun, adakah anda bersedia untuk mati kerana cinta itu? Saya memang suka kucing tapi setakat ni saya masih belum memelihara kucing di rumah. Bagi saya, kucing sangat comel,” jelasnya lagi.

Instagram Misha

Berkongsi cabaran dalam AWS, Misha menyentuh mengenai salah seorang finalis AWS iaitu Paul.

“Terima kasih atas sokong. Saya akan buat yang terbaik untuk menang. Saya Suka Steak! Saya suka makan daging dan semua jenis makanan. Saya rasa Paul seorang lelaki yang baik hati.

“Paul juga seorang yang luar biasa. Saya teringin sangat nak pergi melancong selepas Covid-19 selesai. Saya nak pergi ke Singapore, Dubai, Malaysia dan New Zealand. Saya rasa saya takde benci mana-mana negara.

“Setiap negara mempunyai daya tarikan sendiri. Kalau anda ke Korea, saya cadangkan anda ke Sokcho. Berdekatan dengan pantai. Anda boleh pergi ke kedai makan tradisional di situ,” ujarnya.

Instagram Misha


Perbualan bersama Misha bertambah hangat apabila dia mendedahkan sudah lima tahun menjadi guru bahasa English. Ini bermakna dia menjadi guru sejak umur 20 tahun.

“Sudah hampir lima tahun saya jadi guru. Di Sockho anda boleh pergi ke pelbagai lokasi tradisional mengikut apa yang anda mahu,” katanya.

Banyak lagi pendedahan dikatakan oleh Misha. Misha akan kembali chating bersama pada 10 September nanti. Pastikan anda terus setia.

Kongsikan artikel ini