Coach Ramas Badan Atlet Wanita Selepas Simbah Dengan Arak Dalam Karaoke!

Polis sedang menjalankan siasatan selepas seorang jurulatih di universiti sukan yang telah di Andong, Utara Wilayah Gyeongsang dilaporkan telah melakukan serangan seksual terhadap mahasiswi di situ.

Laporan tersebut telah diterima balai polis Andong pada 15 Ogos dengan menyatakan jurulatih tersebut berusia 49 tahun dan telah merogol pelajar perempuannya yang berumur 22 tahun.

Foto hiasan Serial Monster

Siswi tersebut telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia telah diserang seksual jurulatih itu banyak kali sewaktu dia aktif sebagai atlet dari tahun lalu sehingga awal tahun ini.

Sewaktu latihan, jurulatih itu telah menyiram alkohol ke tubuh mangsa dan ahli pasukan lain telah bersamanya dan meraba peha dan bahagian badan yang lain sewaktu di karaoke.

Foto Hiasan Serial Monster


Mangsa turut mendakwa bahawa jurulatih itu telah memeluknya dan meletakan tangannya di pinggang, bahu dengan mengajak untuk cium dan peluk.

Kini, Jurulatih itu difahamkan bekerja sebagai guru sukan di sekolah menengah Andong selepas berhenti menjadi jurulatih di universiti sukan itu pada bulan lepas.

Foto hiasan Serial Monster


“Kami telah menghubungi jurulatih itu dan menyiasatnya. Namun, kami masih lagi belum boleh memberitahu maklumat kerana ia masih dalam penyiasatan lagi,” kata wakil polis.

Kongsikan artikel ini