Korona Virus Punca Pengguna Aplikasi Dating Terlajak Laris Di Korea! Ini Aplikasi Tersebut

Pandemik Covid-19 mendorong ramai orang untuk tetap tinggal di rumah lebih lama. Selepas setahun menghantui penduduk seluruh dunia, kajian mengenal pasti Corona Virus telah meningkatkan ramai menonton video secara atas talian. Oleh keran itu, Korea yang dikenali negara digital telah mencatatkan penggunaan mendadak aplikasi video seperti Netflix, Watcha dan Youtube.


Menurut laporan, Netflix kini mempunyai 7.58 juta pengguna manakala Wacha pula sebanyak 1.64 juta pada Disember 2020. Selain aplikasi ini, satu lagi aplikasi yang naik mendadak sejak adanya korona. Aplikasi tersebut merupakan aplikasi dating.

Pada 19 Februari 2021, syarikat aplikasi Annie mengumumkan aplikasi dating global telah mencatat USD3 Bilion pada tahun lalu yang mana peningkatan 15% dari tahun sebelum. Manakala jumlah muat turun aplikasi tersebut mencecah 560 juta. Di Korea, lebih dari 83 Bilion jam telah digunakan raya untuk aplikasi tersebut.



Antara aplikasi dating yang tersenarai dan popular di Korea ialah Whippy, Glam, Heart Attack, dan Noon Date. Dari semua aplikasi,  Whippy berada di kedudukan ke-10 yang paling banyak dimuat turun.

Penggunaan aplikasi ini dijangka terus meningkat pada tahun ini kerana faktor undang-undang baru yang menyekat dan menjaga keselamatan rakyat akibat pandemic Covid-19.

Selain itu, laporan tersebut turut menyenaraikan Tiktok dan Lil juga antara yang menjadi trend baru di Korea.

Klik di sini untuk cuba aplikasi dating popular di Korea.