Sangat Sedih! Covid-19 Ragut Nyawa ‘Pokemon’ Di Jepun

Personaliti TV, aktres dan pelakon alih suara Jepun, Kumiko Okae (Kumiko Owada dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir di hospital Tokyo kerana jangkitan corona virus pada Khamis, 3 April 2020. Dia mati pada usia 63 tahun.

Menurut pihak pengurusannya, keadaan Okae dipercayai semakin teruk selepas imunisasi sistem yang dihadapinya semakin lemah akibat radiasi terapi yang dijalankannya kerana pembedahan disebabkan peringkat awal kanser payu dara.

Bagi peminat kartun Pokemon, Okae dikenali sebagai Jenny kerana dia telah meminjamkan suaranya pada tahun 2005 untuk filem Pokemon bertajuk Pokemon: Lucario and the Mystery of Mew. Dia juga aktif meminjamkan suara untuk filem adaptasi animasi Nippon 1997, The Dog of Flanders sebagai Elina. Manakala dia memegang watak ibu Haru dalam The Cat Returns (20002) dan Ryuko dalam siri Manga, Chikako Urano’s Attack No.1.

Antara watak animasi yang menggunakan suaranya.

Okae dilahirkan di Setagaya, Tokyo dan mulakan karier sebagai pelakon pada 1975 menerusi Omitsu. Dia banyak muncul dalam beberapa rancangan TV termasuklah menjadi pengacara untuk Hanamaru Market dari 1996 hingga 2014. Penglibatan terbaru Okae pada 2017 menerusi siri My Lover’s Secret di NTV dan Lucky Seven (2017).

Okae berkahwin dengan pelakon bernama Baku Ohwada dan mempunyai seorang anak perempuan yang juga bergelar pelakon di Jepun iaitu Miho.

Kongsikan artikel ini