Paul An Menanti Anda Untuk Bersamanya Jumaat Ini Secara Virtual!


Pertandingan Altitude World Supermodel Korea 2021 (AWS KOREA) semakin rancak dijalankan. Peminat semakin berdebar untuk mengetahui siapakah yang bakal ditabalkan sebagai juara AWS Korea 2021 pada September depan. Pada awal peringkat akhir AWS Korea, hanya enam orang finalis yang bergelar MUSE diumumkan iaitu Roger (MUSE 1), Young Woo (MUSE 2), Kwon Hee (MUSE 3), Misha (MUSE 4), Dean (MUSE 5) dan Paul An (MUSE 6).

Bagaimanapun, AWS membuat kejutan apabila menyerap masuk peserta Young Su sebagai MUSE 7. Lebih mengejutkan lagi, minggu ketiga AWS Korea bakal menyingkirkan seorang atau dua orang dari tujuh orang finalis ini. Oleh itu, anda boleh menyelamatkan antara mereka dengan mengundi finalis kacak ini di sini.


Disamping itu, KOREA BUZZ yang bertindak selaku media rasmi AWS KOREA memberi peluang kepada anda semua untuk mendekatkan diri dengan berborak secara dekat dengan finalis AWS KOREA. Untuk merasmi platform KBTALK, MUSE 6 iaitu Paul An yang berstatus pelajar universiti bakal bertemu dengan anda pada Jumaat ini bersama 20 Ogos 2021 tepat jam 10 malam waktu Korea atau 9 malam waktu Malaysia.

Anda berpeluang untuk bertanya apa saja yang anda ingin tahu di ruangan KBTalk. Finalis lain juga akan meluangkan masa pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Siapa tahu perbualan anda melayakkan anda untuk bertemunya dari virtual ke dunia realiti.


Kongsikan artikel ini