Jason Kim Kini Bergelar Abang, Kelahiran Putera Kedua Daud Kim Penuh Dramatik!

Youtuber mualaf Korea popular, Daud Kim akhirnya kini bergelar ayah kepada dua orang anak. Selepas rujuk kembali bersama isterinya Mia Lee, Julai 2021 menjadi bulan yang paling gembira buat mereka kerana dikurniakan cahaya mata kedua.

Dengan kelahiran putera kedua itu, anak sulungnya Jason Kim sah menjadi putera sulung. Bagaimanapun, kelahiran putera keduanya itu penuh dengan dramatik yang mana bayi sepatutnya lahir pada penghujung Julai 2021.

Lebih menyedihkan lagi, Daud yang sentiasa berada di sisi isterinya itu bagi menanti kelahiran bayi tersebut tidak berada bersama sewaktu anaknya mahu dilahirkan.

Menerusi perkongsian video itu, Daud waktu itu berada di luar Kawasan untuk rakaman video pelancongan. Dia menerima panggilan telefon dari hospital sekitar jam 4 petang. Daud sangat panik dan hampir menangis kerana dia berada 4 jam jauh dari isterinya.

Gembira tapi sedih keadaan anaknya itu. FOTO Youtube Daud Kim



Lebih mengejutkan lagi, selepas lahir, anaknya terpaksa berpisah seketika dari Mia dan dibawa ke hospital yang berbeza. Difahamkan, anaknya mengalami masalah oksigen dan pernafasan.

Bagaimanapun, kini bayi tersebut sudah pun selama berada bersama keluarga. Mia Lee terpaksa menjalani pembedahan. Sebelum berkongsi berita sedih ini, Daud pernah bertanya kepada pengikutnya tentang cara Qamat dan Azan untuk anaknya itu.

Ini kerana, putera keduanya itu lahir sebagai Islam asli yang mana kedua ibubapanya sudah sah menjadi mualaf. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kelahiran bayi tersebut, anda boleh menonton sendiri video yang telah dipaparkan Daud Kim.

Sebak dan sedih namun gembira. Itulah rata-rata reaksi penonton yang melihat video tersebut.

Kongsikan artikel ini