Benarkah Daud Kim Buat Hal Lagi? Kali Ni Video Mabuk & Beronggeng Peluk Wanita Di Turki Tersebar Serta Pukul Isteri!

Secara tiba-tiba, nama Daud Kim kembali trending apabila dia dikatakan tidak serik dengan mengulang kesilapan lalu. Difahamkan, Daud Kim yang kini berada di Turki bersama sahabat baiknya iaitu Brian telah melakukan perkara sosial yang mengejutkan.

Video Daud Kim sedang mabuk dan menari sambil bergeseran punggung dalam kelab telah tersebar luas. Malah, video itu turut menyaksikan dia memegang gelas dan kelihatan sangat mabuk. Satu lagi video pula, dia sedang memeluk seorang wanita.

Bagaimanapun, kedua-dua video berkenaan, tiada kelibat Brian. Hanya kelibat orang-orang turki yang difahamkan kenalan Daud Kim yang menjemputkan datang ke negara tersebut. Dari penyebaran video ini pula, ada pula mengatakan Daud Kim sangat dayus dengan meninggalkan isteri dan dua anaknya yang kini sakit.

Antara foto yang dikongsi Daud sewaktu lawatan ke Turki

Lebih mengejutkan lagi, mereka dikatakan sedang dalam proses penceraian. Bagaimanapun, kes penceraian tersebut dikatakan sudah pun lama difailkan isterinya yang mana beberapa bulan sebelum Daud Kim berangkat ke Turki. Tetapi waktu itu, ramai tidak ambil tahu kerana hanya isteri saja berkongsi akan hal berkenaan dengan Daud Kim atau nama sebenarnya Kim Jae Han mendiamkan diri.

Malah, Mia turut meluahkan perasaan kepada semua peminat Daud Kim agar tidak menyerangnya. Mia yang kini sedang menyusukan anak kedua turut berkongsi gambar kesan luka dan lembab yang didakwa dipukul suaminya Daud Kim.

Apa yang pasti, atas dasar kontroversi ini, ramai umat Islam marah dan berang dengan mengeluarkan kenyataan yang sebelum ini pernah trending iaitu Daud Kim Fake Muslim. Walau bagaimanapun, Daud Kim masih tidak mengambil tahu akan kontroversi ini dan terus mengemas kini sosial media peribadinya dengan kandungan berkaitan pelancongannya ke Turki.

Tidak tahu kesahihan video berkenaan, anda boleh menilai sendiri. Sama ada dia benar Mualaf palsu atau tidak, hanya dia saja yang tahu. Apa sekalipun, mungkin ini jadinya apabila youtube dijadikan medan berguru yang utama berbanding merujuk pada pakar dan cendiakawan. Adakah anda akan terperangkap sekali lagi dengan episod baru Daud Kim? 

Kongsikan artikel ini