Selepas 3 Tahun Menjadi Mualaf, Daud Kim Akhirnya Berjaya Mengerjakan Umrah!

Mualaf Korea popular, Daud Kim yang genap 3 tahun menjadi seorang mualaf gembira tidak terkata apabila Ramadan tahun ini dia dapat menjejakan kaki ke Mekah dan Madinah. Perkongsian tersebut dibuat oleh Daud atau nama sebenarnya Kim Jae Han di laman Instagram dan saluran youtube.

Namun, pada awalnya Daud menghadapi sedikit masalah apabila dia hampir-hampir tidak dapat menunaikan umrah kerana masalah visa. Difahamkan, ia berlaku kerana dia tidak mempunyai kad atau identity yang mengesahkan dirinya seorang muslim.

Bagaimanapun, berkat doa dan kesabaranya serta bantuan dari umat Islam di bulan Ramadan, masalah tersebut selesai dan dia dijemput ke tanah suci kota mekah. Perkongsian Daud Kim sepanjang bulan puasa di Madinah dan Kota Mekah di abadikan dalam laman sosial miliknya.

Dalam pada itu, ada juga segelintir pihak terkejut melihat cara pemakaian Daud Kim sewaktu mengerjakan umrah. Bagaimanapun, ia adalah lumrah kehidupan bagi seorang mualaf apatah lagi Daud Kim sering diuji sejak mula ke alam baru sebagai muslim.


Apa sekalipun, Daud turut berkongsi doa buat keluarganya yang tercinta dan penyokongnya selama ini. Yang penting, Daud akui ramadan kali ini penuh bermakna kerana impiannya menjejakan kaki ke tanah suci tercapai. Malah, dia turut berkata dia sedikit pun tidak tinggal solat sepanjang di Madinah dan Mekah.

Kongsikan artikel ini