Diilhamkan Ramai Selebriti Korea, Q101 Tawar Melancong Ke Luar Negara Secara Percuma

Bukan saja dapat menimba ilmu, pemilik dan pembaca buku Q101: Guide To Learn More about Korea yang ditulis Hyunmin-A turut menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuklah melancong ke luar negara bersama Selebriti Korea. Pengumuman ini telah dibuat oleh penerbit buku Q101 iaitu Ilham Mora Enterprise (IME) pada majlis pelancaran buku Q101 yang telah diadakan pada 20 Oktober lalu bertempat di Disenar Space, Kuala Lumpur.

 

Hyunmin-A bersama pengurus dari Korea. Foto: Waitformoment

 

“Q101 merupakan buku pertama yang diterbitkan oleh IME. Tanpa ragu-ragu, pihak IME bersetuju menerbitkan buku ini setelah meneliti kandungan yang menarik dan merasakan buku seperti ini amat jarang berada di pasaran terutama sekali pasaran Malaysia. Lima bahasa yang ditulis dalam buku ini, iaitu bahasa Korea, bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Mandarin dan bahasa Thailand merupakan satu daripada daya penarik dan keunikan buku ini.

 

Gimik pelancaran yang diserikan oleh Reshma.

 

“Oleh itu, buku ini amat sesuai untuk golongan yang ingin menguasai pelbagai bahasa dengan cara yang paling mudah walaupun dalam bentuk pertanyaan. Buku Q101 menghimpunkan 101 soalan yang paling kerap ditanyakan oleh orang-orang Korea kepada selebriti Korea yang terlibat dalam projek buku ini termasuklah Hyunmin-A.

 

 

 

 

“ Kami berasa amat berbangga bahawa Hyunmin-A yang merupakan anak Malaysia kelahiran Johor yang berjaya menembusi dunia hiburan di Korea Selatan bersama selebriti Korea yang lain mampu menghasilkan buku yang begitu unik dan penuh informasi ini. Segala pengalaman selebriti Korea dan Hyunmin-A telah diabadikan dalam buku ini,” kata Radziah Ishak selaku pengarah IME.

 

 

 

Pengurus IME memberikan penjelasan tentang Q101.

 

Mengulas lanjut mengenai Q101, pengurus IME iaitu Md Nizar menyatakan pelbagai promosi akan dijalankan bagi menarik minat lebih ramai pembeli dan pembaca buku Q101 yang setebal 204 muka surat dan dicetak menggunakan kertas bermutu tinggi.

 

 

Reaksi Reshma tatkala pertama kali melihat Q101.

 

“Buku ini dijual pada harga RM45.90 dan dicetak dengan berwarna supaya buku iini tampak lebih eksklusif. IME juga merancang dan bercadang untuk memasarkan buku ini ke negara luar seperti Korea Selatan, Thailand, Singapura, Indonesia dan lain-lain lagi pada masa akan datang.

 

Antara Selebriti yang hadir pada majlis pelancaran buku.

 

“Buat masa ini, buku ini dijual secara online melalui ejen-ejen yang telah dilantik oleh IME. Namun begitu, pihak IME akan berunding dengan beberapa buah syarikat pengedar buku tempatan untuk memasarkan buku ini. Bagi meningkatkan jualan, pihak Hyunmin-A dan IME bersetuju untuk menganjurkan pertandingan untuk pembeli buku ini.

 

 

Hyunmin-A memberikan tandatangan pada peminat buku.

 

 

“Antara hadiah yang bakal dimenangi oleh pembeli bertuah buku ini ialah dua buah jam tangan berjenama, 10 tiket berkunjung ke Hello Kitty, Johor Bahru, barangan Korea dan hadiah utama (untuk dua orang pemenang), iaitu melancong bersama-sama Hyunmin-A ke satu daripada destinasi di negara yang bahasanya digunakan oleh Hyunmin-A dalam bukunya ini,” ujar Nizar.

 

 

 

Michael Suh selaku pengurus peribadi Hyunmin-A.

 

 

Mewakili pihak pengurusan Korea, Michael Suh yang juga pengarah PURE THEORY yang telah menaja program pelancaran telah mengesahkan bahawa buku sebegini masih belum lagi diterbitkan lagi terutama sekali di Korea. Apatah lagi buku yang melibatkan bintang K-Pop.

 

 

 

Keluarga Korea Hyunmin-A

 

 

“Saya masih lagi baru dengan Hyunmin-A. Namun, kami kenal sewaktu Hyunmin-A dan Jay Heart melakukan promosi di agensi hiburan besar di Korea beberapa tahun lalu. Waktu itu, saya amat terkejut melihat bakat dan persona beliau. Saya merasakan cara Hyunmin-A bercakap dalam bahasa Korea lebih bagus berbanding dengan diri saya. Oleh itu, saya amat menyokong apabila Hyunmin-A mencetuskan idea untuk membuat buku ini.Terima kasih IME kerana menyokong idea Hyunmin-A. Saya berharap buku ini mendapat respon yang baik bagi peminat Hyunmin-A serta peminat Kpop dan Korea yang lain,” ujar Michael yang menganggap Hyunmin sebagai adik sendiri.

 

 

Pengurus memerhatikan setiap gerak-geri Hyunmin-A.

 

 

 

Destinasi melancong masih belum ditetapkan lagi, namun pihak IME mempertimbangkan sama ada untuk menghadiahkan pembaca sama ada melancong ke Korea, Hongkong atau pun Hatyai. Pengumuman mengenai ini bakal dibuat pada waktu terdekat di laman rasmi IME dan instagram Hyunmin-A. Pelancaran buku telah diserikan dengan kehadiran selebriti Malaysia iaitu Reshma dan Keyin yang telah membuat persembahan istimewa bersama peminat dan media tempatan. Setiap tetamu telah menerima hadiah istimewa berupa produk kosmetik Korea dari jenama PURE THEORY serta tiket ke Sanrio Hello Kitty Town.

 

 

 

Media mendekati Hyunmin-A dengan lebih terperinci.

 

 

Kepada yang berminat untuk mendapatkan naskah ini, pihak IME berharap para peminat atau penggemar buku boleh mendapatkan buku ini melalui ejen yang dilantik, iaitu Pn. Nina (017-792 9679) atau En. Md Nizar (019-7461848).

 

 

 

Persembahan istimewa dari Keyin.

Kongsikan artikel ini