Doktor Hilang Sewaktu Berkhemah Selepas Minum Bersama Kumpulan Pakar Cerdik Pandai!

Doktor berusia dalam 40-an yang sedang berkhemah bersama barisan intelektual di Yeosu, Jeonnam berjaya diselamatkan selepas empat jam hilang.

Lebih kurang jam 10:48 malam hari sebelum kejadian, pegawai bomba dari Jeonnam Yeosu City menerima laporan bahawa seorang doktor telah minum bersama kumpulan intelektual di Chunyori, Jeonam telah hilang.

Mangsa dilaporkan seorang pengarah sebuah hospital di Suncheon, dan telefon bimbitnya telah dimatikan pada masa itu.

Gambar hiasan dari X-Frame


Tanpa lengahkan masa, pihak bomba segera meminta bantuan udara dari Jabatan Polis Yeosu dan Pejabat Keselamatan Bencana Bandar Yeosu untuk mencari mangsa. Pencarian tersebut melibat 120 orang termasuklah 113 anggota bomba dan polis, empat unit penyelamat khas dan tiga pekerja Pusat Rakyat Mandeok-dong.

Kes pencarian tersebut turut menggunakan kamera imej haba dan polis rusuhan. Selepas empat jam 12 minit, doktor tersebut telah dijumpai dalam keadaan tidur di kawasan pergunungan. Selepas dijumpai, doktor tersebut terus diserahkan kepada keluarganya.