Rancang Datang Malaysia Januari 2023, Dong Min Tunggu Anda Di 11 Tempat Ini!

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Model dan pelakon sambilan yang muncul dalam program terbitan Blimey, Lee Dong Min teruja menanti Januari 2023. Dia mengakui sangat teruja ingin berkunjung ke Malaysia selepas melibatkan diri dalam program Blimey yang melibatkan dirinya Bersama dua gadis dari Malaysia. Malah, Dong Min yang bertugas professional dalam bidang pemasaran telah menyenaraikan 10 tempat yang ingin dia kunjungi nanti.

“Setakat ini saya masih sibuk dengan jadual sebagai pekerja di sebuah syarikat pemasaran di Korea. Jadi, saya tidak tahu lagi bila boleh saya datang ke Malaysia. Berkemungkinan besar saya akan datang Malaysia Januari 2023 kerana waktu itu baru saya ada masa nak bercuti.

“Nanti, kalau datang Malaysia saya mahu  pergi KLCC, Makan masakan Malaysia, Mahu pergi ke pantai Kota Kinabalu, Pergi taman Negara, Mendaki gunung Kinabalu, Pergi Los World of Tambun, bercuti di Pulau Tioman, Langkawi, Cameron Highland, Bandar Georgetown di Penang Hill dan luangkan masa Bersama kawan 3&More Friends,” katanya dalam nada teruja.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini