Polis Tangkap Dua Lelaki Berbogel Sambil Berkeliaran Di Taman Awam!

Dua orang lelaki berusia lingkungan 30-an telah ditahan polis kerana berkeliaran di taman tanpa berpakaian.
Balai Polis Incheon Nonhyeon memaklumkan  pada 23 Julai  2021 bahawa mereka sedang menyiasat kedua-dua mereka atas tuduhan melanggar undang-undang mengenai pengurusan dadah.

Salah seorang dari mereka dan seorang lagi lelaki disyaki mengambil dadah di sebuah taman di Namdong-gu, Incheon pada jam 8:56 malam pada hari sebelumnya.

FOTO HIASAN STUDIO K LAB

Mereka didapati telah bersiar-siar di sekitar taman dengan hanya memakai pakaian bawah dan hampir telanjang bulat.

FOTO HIASAN STUDIO K LAB


“Kami bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan bahawa dua lelaki sedang berjalan dalam keadaan boleh. Kami menahan mereka kerana kami menilai bahawa mereka telah mengambil dadah,” kata Polis.

Pihak polis bercadang untuk meminta Perkhidmatan Forensik Kebangsaan memeriksa sama ada mereka mengambil dadah atau tidak.

FOTO HIASAN STUDIO K LAB

Setakat ini mereka tidak dapat membuat kenyataan pada masa penangkapan.

Kongsikan artikel ini