Dulu Seksi Tapi Chan Kini Menjadi Omar! Nafi Peluk Islam Kerana Kekasih Wanita Muslimah

Youtuber dan influencer Korea, Chan yang fasih berbahasa English pernah mengejutkan dunia apabila memberikan kenyataan tentang jenis lelaki Korea yang bahaya buat wanita antarabangsa. Malah, penampilan Chan menarik perhatian ramai apabila dia bukan saja mempunyai wajah tampan tetapi turut dikurniakan susuk tubuh yang seksi.

Oleh kerana itu juga, ramai yang mengikuti perkembangannya terutama sekali yang berminat dengan fitness. Pun begitu, pembukaan tahun 2022, Chan mengejutkan pengikutnya dengan membuat kenyataan rasmi bahawa dia sudah pun menjadi seorang mualaf.


Video berdurasi lebih 8 minit telah dimuat naik Chan yang kini bernama Omar. Dalam video berkenaan, Omar Chan berkongsi rutin hariannya sebagai seorang mualaf. Selain daripada itu, dia juga mengambikl keputusan untuk merungkai pertanyaa pengikutnya yang pelik apabila dia banyak memadamkan video dan gambarnya sebelum ini.

Dalam video tersebut, Omar Chan juga menjelaskan dia memeluk Islam bukan kerana paksaan. Sebaliknya, dia sendiri yang mahu memeluk Islam. Malah, dia turut menafikan kekasihnya memaksa dia peluk Islam. Difahamkan, Omar mula mengenali Islam selepas menjalinkan hubungan bersama kekasihnya yang kini berstatus tunang.


Ternyata, Omar yang dahulu dilihat terlalu bersosial dan suka minum arak kini berubah menjadi seorang mualaf. Untuk mengetahui lanjut, anda boleh menonton sendiri video yang dimuat naik Omar.

Kongsikan artikel ini