Lelaki Korea, David Cho Tular Digelar James Bond Presiden Amerika Joe Biden!

Ejen Perkhidmatan ahsia berdarah kacukan Korea dan Amerika Syarikat bernama David Cho menjadi tular di sosial media selepas dia dilihat berada pada majlis angkat sumpah Joe Biden sebagai presiden Amerika Syarikat yang baru.

Menurut laporan dari The Washington Post, walaupun umum tidak tahu tentang ejen perkhidmatan awam, laporan terkini mengatakan lelaki bangsa Korea ini bakal mengetuai Perkhidmatan Rahsia Biden.

Menerusi laporan yang diperolehi, Cho dikenali sebagai seorang penyelia yang sempurna dan telah bekerja sebagai perkhidmatan rahsia semasa pertadbiran Trump lagi. Malah, Cho merupakan penerima Pingat Emas Perkhidmatan Luar Biasa Jabatan Keselamatan dalam negeri pada tahun 2019.

Sebelum namanya sah didedahkan, netizen mengatakan Cho sebagai “lelaki perkhidmatan rahsia Asia” dan memujinya kerana melindungi Biden semasa perasmian baru-baru ini.

Netizen dunia terutama sekali dari Amerika dan Korea ternyata memuji dan pelbagai gelaran diberikan kepada Cho termasuklah memanggilnya sebagai James Bond Biden.

Kongsikan artikel ini