Emosi Derita & Terus Difitnah, ARMY BTS Rayu Alifteega Delete Video Panas

Empunya angkara yang mewujudkan group telegram “AGAMA BTS” telah pun dikesan. Namun, peminat kumpulan BTS yang dikenali ARMY terus tertekan dan emosi terganggu apabila ramai dituduh dan fitnah gara-gara isu panas itu. Lebih teruk lagi, ramai ARMY dituduh murtad dan tidak menghormati Islam apabila ramai terpengaruh dengan video yang disiarkan speaker  Mohd Hazalif atau dikenali dilaman Instagram dengan nama Alifteega. Menerusi video berkenaan, Alifteega telah membuat hujahan dan menyatakan group Agama BTS diwujudkan oleh ARMY sebelum semua pihak mendapat tahu bahawa dalang group tersebut ialah haters BTS.

Difahamkan, ARMY di Malaysia berdepan dengan pelbagai tuduhan dan fitnah sehinggakan ada yang terkilan dengan tuduhan yang tidak berasas itu. Luahan ARMY yang terkesan dengan isu berkenaan boleh dilihat menerusi #staystrongMYarmys . Ada yang mengatakan kehilangan kawan dan dilayan seperti sampah gara-gara pengaruh video yang salah faham dengan penglibatan ARMY dalam group tersebut.

Menyedari hakikat yang berlaku terhadap ARMY, Alifteega telah muat naik sebuah video memohon maaf dan menjelaskan mengenai salah faham segelintir pihak terhadap komentarnya dalam video itu. Bagaimanapun, ARMY dikatakan masih menderita kerana video yang mencetuskan isu ini jadi tular masih lagi disiarkan dilaman Instagram Aliffteega walaupun video tersebut sudah dipadamkan di laman twitter.

Alifteega.



Berharap isu ini tidak dipanjangkan lagi kerana penjenayah itu sudah pun dikenal pasti, ARMY mahu kerjasama dari pihak Alifteega agar padamkan video tersebut dilaman Instagram. Hasrat tersebut telah pun dibuat ARMY dengan membuat surat terbuka kepada Alifteega selain ribuan komen di Instagram speaker yang juga usahawan ini.

Surat Dari ARMY BTS.

Menurut wakil ARMY, mereka bukannya tidak bersetuju atau menyangkal dakwaan yang dibuat Alifteega dalam video tersebut, tetapi mereka hanya mahu salah faham ini tamat dan tidak diungkit lain. Walaupun penjenayah sudah ditangkap, tetapi video itu memberikan sambungan rantaian hebat kerana orang masih lagi menuduh ARMY dengan fitnah yang bukan-bukan. Dalam erti kata lain, selagi video itu di situ, selagi itu salah faham wujud dan ARMY dihentam tanpa belas kasihan.



Menyedari video tersebut sedikit sebanyak membantu menangkap jenayah itu, ARMY merasakan ia patut dibuang terus kerana ia mengundang pelbagai fitnah selain tidak mahu wujudnya lagi perkataan Agama BTS yang mencemarkan nama baik Islam. Pun begitu, ARMY sedar, speaker itu ada hak sama ada mahu tunaikan atau tidak permintaan mereka. Namun, berikanlah ARMY peluang untuk bernafas kembali kerana isu ini begitu berat dan banyak menjejaskan emosi ARMY apatah lagi sekarang ini ramai yang tertekan kerana wabak Covid-19.

BTS: RM, Jungkook, V, Jimin, Suga, J-Hope dan JIn.

Apa sekalipun, ARMY bersyukur kerana ramai yang mengambil berat tentang keadaan mereka. Teguran yang diterima ini adalah tanda kasih dan prihatin segelintir pihak yang mahu mengenali ARMY dan dunia K-POP. Malah, mereka berharap selepas ini sebelum menilai sesuatu isu berkaitan ARMY, BTS dan K-POP, kenalilah lebih dahulu ciri-ciri ARMY dan peminat K-POP. Sesungguhnya peminat hiburan Korea tidaklah seperti yang dihebahkan. Ciri-ciri peminat Korea dari setiap negara berbeza mengikut budaya dan agama. Persamaan hanya pada kesetiaan peminat yang mahu menghargai jasa penghibur. Jika melakukan kesalahan ia adalah normal kerana mereka manusia bukannya tuhan. Manusia tidak boleh lari dari melakukan kesilapan.



Korea Buzz puan berharap luahan ARMY ini tidak disalah ertikan dan ianya dapat menjernihkan keadaan. Niat perkongsian ini hanya mahu semua pihak berbaik dibulan mulia ini. Janganlah mementingkan diri sendiri dalam melakukan sesuatu.

Kongsikan artikel ini