Atlet e-Sukan Korea, Faker Dapat Hadiah Kereta BMW Sempena Hari Lahir Ke-26!

Bintang e-Sukan Korea yang terkenal dengan nama Faker menerima sebuah kereta mewah jenama BMW sempena hari lahirnya ke 26 tahun. Pada 7 Mei 2021, Faker atau nama sebenarnya Lee Sang Hyuk yang merupakan teraju utama pasukan T1 mendedahkannya di laman Instagram rasmi miliknya.

Dalam video yang disiarkan itu, Faker dilihat menerima sebuah kotak kecil dari CEO T1, Joe Marsh. Kandungan isi kotak tersebut adalah alat kawalan jauh yang membuatkan Faker tersenyum lebar. Selepas menerima kotak tersebut, Faker terus keluar dari bangunan tersebut untuk melihat hadiah yang diterimanya.

Faker terima hadiah dari majikannya.


Ternyata, Faker terkejut menerima hadiah harijadi berupa sebuah kereta BMW yang baru. Kereta jenama BMW itu adalah model M550i. Ia adalah sebuah kereta sport yang mempunyai kombinasi sedan dan kelajuan seperti kereta Sport. Dianggarkan kereta tersebut berharga KRW 110 Juta Won.

Kereta BMW Siri M550i ini lengkap dengan enjin M TWIN Power Purbo V8 yang kuasa maksimanya mencecah 530 dan tork maksimum 76.5kgm.

Foto Instagram Faker

Menerusi foto tersebut, netizen mengusik Faker dengan meninggalkan komen untuk memberikan hadiah itu kepada mereka. Ada juga yang cemburu dengan hadiah daripada syarikat tempat dia bekerja. Bagaimanapun, kebanyakan netizen bersuara dengan mengatakan faker seorang jejaka yang luar biasa tetapi masih baru usia 26 tahun.


Kongsikan artikel ini