Fattah Amin Terus Diam, Remake Coffee Prince 4 Negara Jadi Pengajaran

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

COFFEE PRINCE CHINA

 

Peminat drama Korea di China begitu teruja pada sekitar tahun 2016 apabila berita yang memaklumkan bahawa Coffee Prince bakal dibuat dalam versi China. Menerusi versi ini, tajuk drama tersebut telah ditukar kepada Prince Coffee Lab. Menariknya, drama ini telah mengambil pengarah dari Korea yang begitu popular menerusi sentuhan dalam drama The Heirs lakonan Lee Min Ho, Park Shin Hye dan Kim Wo Bin iaitu Kang Shin Hyo.

 

Selain itu, drama tersebut turut mengundang heroin asal Coffee Prince iaitu Yoon Eun Hye untuk membuat penampilan khas. Ternyata resipi produksi mengundang pengarah dan pelakon dari Korea ini membuahkan hasil lumayan selepas drama ini ditayangkan pada 2017. Drama ini telah mengambil hero baru iaitu Yang Lee tatkala baru mula berlakon sekitar tahun 2014.

 

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini