Kalau Bukan Fattah Amin, Siapa Pula Sesuai Untuk Remake Coffee Prince ?

Bukan saja berbakat besar dalam bidang lakonan, namun untuk menjadi pelakon drama Korea berjudul Coffee Prince, aktor berkenaan mestilah tampan, segak, tinggi dan seksi. Itulah formula kejayaan pengarah Coffee Prince iaitu Lee Yoon Jung yang telah mengambil Gong Yoo, Lee Sun Kyun, Kim Dong Wook, Kim Jae Wook, Wook Lee Eon dan Kim Chang sebagai tunjang utama drama yang popular sekitar tahun 2007.

 

 

Barisan pelakon tempatan yang dirasaan sesuai untuk remake Coffee Prince.

 

 

Memandangkan pengarah popular tempatan iaitu Michael Ang bakal membuat remake drama berkenaan dalam versi Melayu, nama pelakon yang sudah cukup sinonim dengan hasil karyanya iaitu Fattah Amin diumumkan sebagai teraju untuk drama ini bersama dengan Janna Nick, Hafidz Roshdi dan Diana Danielle.

 

 

Namun, peminat tegar drama Korea di Malaysia kurang bersetuju dengan pengambilan Fattah untuk melakonkan watak yang pernah dilakonkan oleh Gong Yoo iaitu hero drama Goblin. Oleh itu, banyak nama pelakon tempatan sama ada baru atau seangkatan Fattah dicanangkan sebagai lebih layak memegang watak berkenaan.

 

 

 

Walaupun keputusan bantahan tersebut masih belum diterima, EH!KOREA BUZZ senaraikan nama pelakon lelaki tempatan yang dicadang peminat tegar Korea sama ada untuk melakonkan watak utama atau watak lelaki yang lain.

 

 

 

Mampukah Nigelvan Daniel dan Alvin Chong membawakan watak ini?

 

 

 

 

Mungkin jua Syukri Yahya dan Aiman boleh pegang watak ini.

Apa sebab dua pelakon dan juga model baru ini iaitu Asyraf Aley dan Iswan Ismail dikatakan sesuai?

 

 

Adakah Syafiq dan Eric boleh terpilih?

 

 

 

Saingan bakat baru Fikry dan bakat besar Ungku Ismail juga turut disenaraikan peminat tegar Korea.

 

Sila undi siapakah pilihan anda?

 

Please select a valid form

Kongsikan artikel ini