OLYMPICS 2020 : Ramai Menggeletis Team Fencing Korea Menang Emas! Kekacakan Mereka Gocang Hati Wanita Seluruh Dunia

Amaran dikeluarkan sebaik saja pasukan Fencing Korea menang emas di temasya sukan Olympics Jepun 2020 dengan menyatakan hati-hati dengan kekacakan mereka.

Mata ramai wanita seluruh dunia bukan saja tertumpu dengan persembahan permainan mereka. Malah, mereka terpesona dengan foto keempat atlet Korea ini yang menggoda sehinga tular sedunia.

Perkara ini berlaku pada petang hari ke enam Olympics Tokyo 2020 iaitu 28 July selepas penyampai pingat emas kepada pasukan ini.

FOTO NEWS ONE


Korea yang dianggotai atlet Kim Jung Hwan, Gu Bon Gil, Oh Sang Uk dan Kim Jun Ho berjaya menewaskan Itali dengan 45-26 pada peringkat akhir yang berlangsung di dewan Makuhari Messe Chiba, Jepun.

Pasukan nombor satu dunia ini berjaya memenangi emas sekali lagi selepas berjaya bawa pulang emas pada temasya Olympics London pada 2012. Bagaimanapun, pada Olympics Rio 2016, sukan ini tidak dipertandingkan. Oleh itu, pasukan Korea ini mencipta rekod dua kali berturut-turut meraih emas.

FOTO NEWS ONE


Pada sesi penyampai pingat, keempat atlet ini tersenyum kegembiraan dengan menyerlahkan ketampanan mereka yang menggoncang hati wanita.

Lebih menarik lagi, mereka meninggalkan komen seperti semua mereka seperti menerima anugerah pelakon. Fencing ditamatkan dengan kekacakan mereka. Pingat emas di wajah. Pasukan Fencing Kebangsaan Korea memang visual. Semuanya kacak belaka!

FOTO NEWS ONE


Sementara itu, kemenangan mereka menambahkan lagi jumlah pingat dan meletakan Korea di kedudukan ke tujuh. Setakat ini, Korea menang empat emas, dua perak dan lima gangsa.


Kongsikan artikel ini