Keluarga Korea Diangkat Disney Menjadikan Jang Woo Young Sebagai Watak Disney Pertama Dari Pixar Untuk Filem Wind!

Selepas Marvel mengumumkan watak superhero dari Korea, Disney bersama Pixar pula mengesahkan watak sulung asal Korea bernama Jang Woo Young untuk filem terbaru berjudul Wind.


Mengisahkan kisah hidup keluarga Korea iaitu Jang Woo Young atau Edwin Jang bersama neneknya. Difahamkan, kisah ini menunjukan bahawa Disney dan Pixar protes terhadap isu perkauman yang berlaku di Amerika Syarikat.

Jalan cerita ini adalah inspirasi dari cerita seorang nenek ketika perang Korea. Mereka telah berpindah ke Korea Selatan dari Korea Utara. Kemudian, ayahnya meninggalkan dia bersama neneknya dan pergi ke Amerika Syarikat. Setelah itu, dia tinggal bersama neneknya.



Kongsikan artikel ini