Tular Foto Kekecohan Penyampaian Pingat Olympics Melibatkan Atlet Korea, Lee Dae Hoon!

Atlet Taekwondo dari Korea Selatan, Lee Dae Hoon, 29,  mengumumkan rasa kecewa apabila tewas di tangan Ulugbek Rashitov peserta dari Uzbekistan, yang meletakkan dirinya hanya mampu meraih pingat gangsa dalam sukan tersebut.

Malah, dia turut mengejutkan rakyat Korea dengan mengatakan bahawa ini adalah persembahan terakhirnya di pentas Olympics kerana mengumumkan persaraan pada Ahad lalu.

Foto kekecewaan Lee Dae Hoon

Dalam pada itu, foto penyampaian pingat sukan olympics melibatkan atlet ini menjadi tular yang mana dia diserbu sebaik saja dikalungkan pingat. Foto tersebut menunjukkan ramai wanita berpusu-pusa mahu bergambar dan berpelukan dengannya.

Aksi terakhirnya di Olimpik

Foto tersebut menimbulkan tanda tanya kenapa perkara sebegini boleh terjadi sedangkan penganjuran kali ini penuh dengan undang-undang dan SOP yang ketat. Selepas diteliti, rupa-rupanya foto berkenaan adalah sewaktu temasya sukan Olympics Rio 2016.

FOTO YANG TULAR

Disamping itu, perkara sebegini tidak hairan berlaku kerana fenomena virus oppa yang tular di pelosok dunia. Bahkan Lee Dae Hoon juga tersenarai antara atlet Korea paling kacak yang menyertai Olympics 2020.

FOTO TULAR