Foto Kahwin Tular, Kecoh Rossa & 3 Artis Nikah Artis Korea Secara Senyap

Dunia hiburan Indonesia gempar apabila ramai selebriti dari seberang membuat pengakuan dan memuat naik foto perkahwinan dengan artis Korea di laman instagram masing-masing. Malah, timbul kekecohan antara bintang Indonesia tersebut dengan peminat tegar artis Korea berkenaan yang mana mereka tidak boleh menerima hakikat tentang isu perkahwinan ini.

Selebriti ternama Indonesia yang terlibat adalah penyanyi lagu Tegar, Rossa. Pada awal April 2020, Rossa telah memuat naik foto pernikahannya dengan aktor kacak, Kim Soo Hyun yang popular merupakan aktor paling mahal di Korea saat ini.

Foto perkahwinan antara Rossa dan Kim Soo Hyun cantik dengan mengenakan busana pengantin adat Sunda. Selain foto yang disunting itu, Rossa turut membuatkan ramai cemburu dengan kenyataan yang mengundang banyak spekulasi.

“Hari ini, saya putuskan untuk muat naik foto ini. Maaf saya tidak mengundang sesiapa kerana masih lagi kuarantin. Pengantin ini juga masih di kuarantin. Jadi hanya disatukan menerusi aplikasi saja. Terima kasih kerana doa dan aminnya. Saya amat menghargainya. Doakan kami bahagia ya,” caption yang dimuat naik dengan foto ini.  

Ternyata jenaka yang dibuat Rossa ini mengundang pelbagai spekluasi sehingga ada yang naik berang dan merasakan Rossa tidak sewajarnya melakukan sedemikian rupa. Namun, seperti ramai sedia maklum Rossa antara artis bertuah dari Indonesia kerana banyak projek kerjasama dari saya hiburan terbesar Korea iaitu,SM Entertainment.

Tata Janeeta & Hyunbin

Turut sama memuat naik foto kahwin dengan artis Korea ialah penyanyi Indonesia bernama Tata Janeeta. Selebriti cantik ini telah menyunting gambar perkahwinan bersama hero Crash Landing On You iaitu Hyun Bin.

Melly Goeslaw & Gong Yoo

Pencipta dan penyanyi lagu, Ada Apa Dengan Cinta, Melly Goeslow turut sama naik berkongsi gambar suntingan dengan aktor Goblin iaitu Gong Yoo. Difahamkan, Melly dan Tata Janeeta adalah peminat fanatik Gong Yoo.

Foto paling panas apabila pelakon Chika Jessica yang telah muat naik foto cumbuannya bersama Hyunbin. Foto suntingan tersebut telah diambil dari babak drama Crash Landing On You.  

Chika Jessica & Hyunbin.

Dari foto dan pengakuan ini, ternyata ramai artis Indonesia tidak hipokrit dan mengakui amat meminat artis Korea. Namun, Korea Buzz difahamkan, ramai artis Malaysia masih lagi malu untuk mengaku kerana takut dikecam netizen sedangkan netizen sudah maklum bahawa figura-figura ini banyak menunjukkan sikap ke arah fanatik Korea.

Kongsikan artikel ini