Fuyooh, Baju Melayu Johor Jadi Inspirasi & Pilihan Jejaka Korea?

Setiap kali menjelang Aidilfitri, selain baju Melayu Cekak Musang, baju Melayu Johor atau teluk belanga turut menjadi pilihan ramai lelaki untuk digayakan di pagi raya.

 

Rekaan asal Malaysia dengan rekaan yang diubah suai oleh pereka Korea.

 

Terbaru, pereka dari Korea Selatan dibawah jenama OMERTA telah menghasilkan baju terbaru iaitu Minimal Shirt Black yang kelihatan saling tidak tumpah seperti baju Melayu Johor. Malah, rekaan baju berkenaan hanya diubah sedikit saja dibahagian bahu dengan ditambah zip, kocek dan potongan badan yang lebih longgar.

 

Foto oleh OMERTA KOREA.

 

Malah, ia tidak seperti baju Melayu teluk moden tempatan yang kini telah dimodenkan dengan potongan yang lebih mengikut potongan badan. Menariknya, baju ini juga telah dijual dengan rekaan seluar yang berlainan. Baju ini juga digayakan dengan seluar slack dan jeans yang sama seperti baju Melayu Johor yang juga sesuai digayakan dengan seluar lain.

 

Ini pula rekaan tempatan dari WHOJUNT yang mempunyai kombinasi rekaan OMERTA dan baju Melayu Johor.

 

Difahamkan, Baju OMERTA telah mendapat perhatian ramai anak muda di Korea terutama sekali mereka yang meminati gaya swag, rapper dan hip hop. Tambah istimewa, baju ini sebenarnya telah pun sudah mula diperkenalkan pada 2016 dan diletakkan dalam koleksi Fall Winter 2016.

 

Klik di sini untuk melihat rekaan OMERTA

Kongsikan artikel ini