Use your ← → (arrow) keys to browse
JIN OPPA: Suka Big Bang & Pakai Make-up Kalau Jadi Idol
1. Cerita tentang anda…
Saya Jin. Seorang yang mesra dan suka bertemu kawan baru. Saya juga meminati untuk ketahui budaya asing.
2.Beza anda dengan Oppa lain?
Saya juga bekerja di Guesthouse. Saya tahu apa yang pelancong mahu!
3. Kenapa pilih jadi Oppa?
Ketahui orang Korea lebih dekat dan membantu pelancong nikmati tempat menarik di Korea. Seperti yang saya kata, saya suka jumpa orang baru.
4.Memori indah jadi Oppa?
Saya tak boleh lupa bila pelanggan pakai uniform sekolah Korea di Lihwa Mural Village dan ambil gambar bersama.
5.Ada kenangan buruk tak?
Tak pernah berlaku kepada saya.
6.Pelancong idaman anda?
Seseorang yang gila budaya Korea dan personaliti menarik.
7.Pernah tak orang Korea pandang serong dengan Oppa?
Mana ada. Kawan-kawan saya cakap kalau dia orang tahu bahasa lain mereka juga akan bekerja seperti saya.
8.Perancangan untuk bakal pelanggan…
Ambil gambar banyak-banyak dan cakap tanpa henti.
9.Nasihat anda untuk lelaki lain yang mahu bekerja jadi Oppa?
Tempat yang anda rasa biasa boleh menjadi luar biasa bagi pelancong. Kalau mahu beri kenangan indah, marilah turut sama.
10.Pandang anda tentang Oppa dan nasihat untuk bakal pelanggan?
Bersiar-siar di negara sendiri sangat indah apabila bersama pelancongan asing. Ia lebih kasual dan selesa atmosferanya dengan ada tour guide. Jadi, apa tunggu lain, sertai kami.
11.Bintang K-POP kesukaan anda?
Big Bang
12.Pernah mimpi jadi bintang K-POP atau penyanyi?
Tidak pernah sama sekali
13.Apa anda buat kalau pelanggan kata anda comel dan homoseksual?
Perkara ini boleh berlaku sepanjang pengambaraan.
14.Kalau pelanggan minta anda solek seperti bintang K-POP?
Kalau saya bintang K-POP saya buat tapi bukan sekarang…
15. Kalau pelanggan minta anda nyanyi lagu K-POP, anda akan nyanyi lagu apa?
Saya akan nyanyi lagu K-POP dari tahun 2000