Gadis Korea Nak Duduk Malaysia Sebab Lelaki Malaysia Terbaik, Sudi Nak Kahwin Lagi!

Pada kebiasaan gadis Malaysia sangat mengidamkan lelaki dari Korea kerana ketaksuban mereka terhadap kekacakan oppa-oppa ini dalam drama Korea dan muzik video Kpop. Tetapi lain pula dengan seorang gadis Korea yang menggunakan nama man_zang2 di Instagram.

Menerusi laman tiktok peribadinya yang menggunakan nama man_zang, gadis Korea yang kini menetap dan bekerja di Kuala Lumpur telah memuat naik satu video yang bertanya sebab kenapa Wanita Korea memilih Malaysia berbanding Korea sendiri.

Malah, dalam video yang dibuat Lee Man Jang ini mendapat perhatian apabila salah seorang gadis Korea yang berada dalam video tersebut menyatakan Hasrat untuk berkahwin dengan lelaki dari Malaysia.


Lebih menarik lagi, Wanita yang Bernama Min Jeong turut mengatakan lelaki Malaysia adalah jenis lelaki yang terbaik untuk dijadikan suami. Seorang lagi gadis bernama Tara pula menyatakan bahawa bekerja di Malaysia sangat tenang berbanding di Korea yang sangat tertekan.

Dalam pada itu, seorang lagi gadis yang disapa dengan nama Minji pula sangat suka Malaysia kerana hidangan mango yang sangat sedap. Apa sekalipun, pelbagai komen dan reaksi diberikan terhadap video tersebut.

Nampaknya, dari video ini lelaki Malaysia berpeluang cerah untuk memperisterikan Wanita dari Korea. Selamat mencuba dan menonton video pengakuan di laman tiktok gadis cantik ini.

 

@man_zang

Malaysian ppl say to me “Why live in Malaysia? Korea is better” 🤔

♬ Sneaky Snitch – Kevin MacLeod

Kongsikan artikel ini