Sempena cuti hari buruh dan sambutan hari kebangsaan yang lalu, sebuah stesen pam minyak di China mendapat perhatian apabila menganjurkan program yang tidak masuk akal pada sambutan hari buruh. Pada hari tersebut, wanita yang hanya memakai bikini menjadi pembantu pam minyak di stesen minyak berkenaan.
Keadaan ini berlaku di sebuah stesen pam minyak yang terletak di Chowzhou, Daerah Guangdong, China. Difahamkan, tujuan stesen tersebut hanyalah semata untuk menarik perhatian pelanggan dan atas dasar itulah dia mengupah lima wanita dalam usia lingkungan 20 tahun hanya memakai bikini untuk melayan pelanggan.
Kelima-lima wanita tersebut dilihat hanya memakai bikini berwarna hitam dan merah dengan skirt pendek berserta kasut tumit tinggi sewaktu berinteraksi dengan pelanggan. Pelanggan yang mahu menerima layanan dari mereka perlu membayar 1 yuan seorang dan tambah 170 lagi untuk perkhidmatan yang lain.
Perkhidmatan ini dikhabarkan membuahkan hasil apabila ramai yang sanggup membayar jumlah caj yang dikenakan untuk mendapatkan layanan dari mereka. Pada hari tersebut, kereta sesak di stesen pam minyak tersebut hanya semata-mata untuk melihat wanita ini.
Selain melayan mengisikan minyak kereta, pelanggan yang menggunakan khidmat mereka menerima hadiah seperti minuman dan makanan ringan. Perkhidmatan ini beroperasi dari jam 9 pagi hinga 7 malam saja.
Selepas stesen ini menjadi topik bualan hangat, netizen menyerang dengan memberikan kritikan pedas terhadap program tersebut. Ini kerana, mereka merasakan ia lebih kepada mengiklankan seks wanita atau pelacuran. Ada juga turut menganggap ia seperti penderaan mendedahkan susuk tubuh wanita dan mengganggu ketenteraman penduduk. Malah, ada yang merasakan program ini patut dibatalkan.
Bagaimanapun, ini bukanlah yang pertama kali program wanita pakai bikini di stesen pam minyak. Pada Oktober 2016, konsep sebegini turut sama dijalankan di stesen pam minyak yang terletak di Binzhou, Daerah Shandong dengan mengupah enam wanita berbikini dengan memakai pelitup muka.