Youtuber Korea Dedah Gadis Sekolah Menengah Di Amerika Suka Lelaki Asia Termasuklah ….

Apa perkara paling utama dilihat gadis sekolah menengah terhadap lelaki? Itulah persoalan yang dibangkitkan seorang warga Korea yang aktif sebagai Youtuber di saluran Korean Jaeho.

Video temubual seorang lelaki Korea terhadap beberapa gadis sekolah menengah di Amerika Syarikat menjadi bualan hangat. Antara isu yang dibangkitkan ialah apa yang pertama sekali akan gadis ini lihat pada lelaki di saluran youtube? Adakah penampilan, ketinggian dan saiz menjadi keutamaan?

Jaeho-Foto Instagram


Dalam video berkenaan, lelaki Korea bernama Jae Ho tanyakan kepada gadis-gadis tersebut apa yang pertama sekali dilihat bila nampak lelaki?

Anda mesti lebih tinggi dari saya, kata salah seorang gadis. Seorang lagi mengatakan tidak suka lelaki yang mempunyai gigi yang cantik dan bukan gigi pelik.

Salah seorang gadis yang terlibat


Ada juga gadis ini mengatakan, lelaki idealnya adalah lelaki asia.

“Saya nak lelaki yang main games, Tinggi, main skating dan mempunyai personaliti yang baik. Saya juga nak yang kelakar. Tapi saya tidak suka lelaki yang terlalu baik,” kata salah seorang gadis.  

Mungkin gadis pilih sebab Jaeho?


Ternyata kebanyakan wanita memilih lelaki yang tinggi dan berkarakter.  Lelaki yang aktif bersukan dan gigi cantik juga menjadi pilihan utama.


Jaeho sedang aktif sebagai youtuber Korea di Amerika syarikat. Dia mempunyai pengikut sebanyak 120,ooo.

Kongsikan artikel ini