Lelaki Tua Badan Besar Gelek Seksi Sambil Berpelukan Dengan Lelaki Di Puji Bukan Dikeji!

Video menari lelaki seberat 107 kilogram menjadi bualan apabila dia menari dengan penuh fleksibel. Lelaki tersebut menari dengan penuh seksi untuk lagu dendangan Brave Girls berjudul Rollin di saluran youtube Wonder Bachelor.

Video berkenaan mendapat 1.66 Juta Penonton yang mana dia bukan saja menari sebaliknya mendedahkan isteri dan rumahnya dengan gerak tubuh yang seksi.

Lelaki yang dipanggil Wonder telah menunjukkan ekspresi yang sangat bagus dalam tarian sebenarnya adalah model iklan dan seorang penari yang khusus untuk persembahan perkahwinan.

Foto dari youtube wonder


Dalam video yang lain, Wonder juga turut menunjukkan gerak tari lagu Ji Young berjudul Candy In Mr Ear yang dipersembahkannya dalam satu majlis perkahwinan di dewan besar.

Dalam video berkenaan, dia menari bersama pasangan duet lelaki sehingga mendapat respon positif dari penonton yang menonton secara langsung serta ramai juga ketawa dan tergelak besar kerana dia menujukan sisi profesional dalam bidang tersebut.

Terbaru, dia juga mendapat perhatian netizen apabila menari lagu disko yang pernah popular satu ketika dulu. Rata-rata banyak penonton meninggalkan komen positif dan ada juga yang geli kerana ada video tarian yang dipersembahkannya undang kontroversi.

Antara komen menarik apabila ada yang sudah menjadi peminat utama sehingga mengatakan persembahan tarian sangat menghiburkan. Malah, ada juga bertanya kepada orang tua ini menari sangat lembut dan lentuk. Lebih mengejutkan, dia hafal semua koreografi asal lagu yang ditarikannya.




Kongsikan artikel ini